KHASIAT LEMON UNTUK CANTIK, KURUS DAN SIHAT

KHASIAT LEMON

1) Rawatan kulit

Lemon kaya dengan vitamin C dan menjadikannya sebagai ubat antiseptik untuk menyembuhkan masalah ringan pada kulit…Ia juga mengandungi anti bakteria yang boleh menghalang pembentukan jerawat…Selain itu juga, lemon berfungi sebagai anti penuaan yang membantu menyamarkan garis-garis kedutan dan bintik-bintik hitam….Jika disapu air perahan lemon pada bekas luka akibat kebakaran, lemon dapat memudarkan kesan luka tersebut…Mungkin akan rasa sedikit pedih jika diletakkan air perahan lemon di atas jerawat, tetapi hasilnya tidak mengecewakan…cubalah….

lemon cantik

2) Rawatan masalah gigi

Lemon dapat menghilangkan rasa sakit gigi dengan menempel potongan lemon segar atau berkumur menggunakan air lemon ketika mengalami kesakitan….Perahan jus lemon pada gusi dapat menghentikan pendarahan pada gusi dan dapat mencegah bau busuk dalam mulut….Bau lemon sahaja sudah wangi, apatah lagi jika dikumur-kumur…memang menghasilkan bau mulut yang menenangkan….Jadi sesiapa yang ada masalah mulut berbau, jangan lupa kumur dengan air perahan lemon…

3) Jangkitan tekak

Air perahan lemon dapat membantu masalah jangkitan tekak dan tonsil…Caranya ialah dengan berkumur-kumur dengan setengah air lemon suam….Mudah bukan, jadi katakan tidak kepada ubat batuk selepas ini…boleh cuba tau….

4) Menurunkan berat badan

Meminum air lemon setiap hari dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat…Amalkan dengan mencampurkan madu ke dalam air lemon tersebut…Ini memang menjadi pilihan para wanita di luar sana yang inginkan berat badan idaman….

lemon kempiskan perut

5) Baik untuk perut

Kandungan buah lemon dapat melegakan masalah sistem pencernaan…Ia menyingkirkan racun daripada tubuh dengan merangsang hati untuk mengeluarkan racun yang terdapat di dalam saluran pencernaan….Oleh sebab itu, masalah kembung perut dan perut memulas dapat diatasi dengan buah lemon…Jika mempunyai masalah sembelit, juga boleh menggunakan jus lemon untuk mengatasinya….

6) Mengawal tekanan darah tinggi

Diet yang mengandungi kalium yang tinggi dipercayai mampu mengurangi masalah pening, mual, tekanan darah tinggi, membantu menenangkan fikiran dan tekanan perasaan….Jika dicampurkan dengan air panas akan berfungsi sebagai pembersih darah…Saluran darah yang bersih dapat menyalurkan oksigen ke seluruh sistem badan dengan baik….

7) Meredakan demam

Jus lemon dapat membantu dalam mengeluarkan peluh yang banyak apabila seseorang itu demam….Apabila tubuh banyak mengeluarkan peluh, suhu badan dapat dikurangkan…Jika ada yang demam, boleh cuba berikan jus lemon kepada mereka….Atasi demam dengan cara semulajadi….

lemon untuk demam

8) Meningkatkan sistem imunisasi

Lemon yang kaya dengan vitamin C mampu mencegah dan merawat influenza….Ia juga menunjukkan kesan anti inflamasi/anti keradangan dalam sistem imunisasi badan manusia….

9) Menurunkan paras kolesterol

Kulit lemon yang direndam di dalam air mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah seseorang individu…Ini kerana kulit lemon mengandungi kalium yang membantu menstabilkan tekanan darah…Kandungan polifenol flavonoid di dalamnya membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat)…

10) Meningkatkan kesihatan tulang

Kulit lemon mengandungi kalsium yang membantu meningkatkan kesihatan tulang…Ia dapat mencegah masalah tulang seperti reumatik, patah tulang, osteoporosis, antiartritis dan sebagainya…

khasiat kulit lemon

11) Masalah pernafasan

Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti asma, jus lemon sangat membantu dalam masalah tersebut…Lakukan dengan kerap agar masalah tersebut dapat diatasi dengan segera…

12) Mengubati reumatik

Lemon memiliki sifat diuretik dan membantu dalam masalah reumatik dan radang sendi….Ini dapat dilakukan dengan mengeluarkan bakteria serta racun dari dalam tubuh…

Wahhh…memang banyak manfaat lemon…bukan sahaj untuk menguruskan badan tetapi juga untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan….Cuba amalkan tips-tips yang diberikan….

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih….

akhir blog

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge