TIPS LANGKAH KESELAMATAN UNTUK SI COMEL SEMASA DI RUMAH

TIPS LANGKAH KESELAMATAN UNTUK SI COMEL SEMASA DI RUMAH

1) Permainan

Pastikan barang permainan si comel terdapat label atau pelekat MC (Malaysian Conformity)….Saiz permainan pastikan juga sesuai dengan umur mereka….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil…Jika mommies membelikan permainan baru untuk mereka, pantau cara mereka bermain terlebih dahulu kerana bimbang keselamatan mereka…Ada kala mereka memasukkan barang permainan ke dalam mulut….Pemerhatian orang dewasa sangat diperlukan saat ini….

baby-playing

2) Barangan tajam

Perkakas tajam serti kunci, pisau, gunting, payung, penyepit kuku, lidi pencucuk dan sebagainya perlu disimpan di dalam bekas atau laci….Letak di tempat yang tidak boleh dicapai oleh si comel….Kertas juag mempunyai risiko kecederaan kerana hujungnya yang nipis dan tajam….Kerapkan nasiha kepada si comel agar memegang helaian kertas dengan berhati-hati….

Kitchen-Knife-Storage-Cabinet-768x1152

3) Asingkan bahan kaca dan mudah pecah

Baranagn mudah pecah seperti kristal, kaca dan seramik perlu disimpan di dalam almari kahs dan dikunci….Selain itu, mommies perlu nasihatkan si comel agar tidak menyentuh barangan berkaca tersebut yang boleh mengakibatkan ia jatuh, pecah dan menyebabkan luka….

seeded-glass-kitchen-cabinet-doors-glass-kitchen-cabinets---wall-mounted-glass-kitchen-cabinets-beautiful

4) Bucu perabot

Bucu perabot yang tajam boleh mengakibatkan luka kepada si comel….Kadang-kadang boleh menyebabkan si comel terhantuk….Jadi, mommies boleh letakkan alas bucu (corner bumper) untuk meminimumkan kecederaan….

corner bumper

5) Bahan kimia

Elakkan mengguna bekas makanan untuk meletakkan bahan kimia seperti pencuci baju atau pencuci pinggan di dalam botol minuman…Si comel belum dapat mengenal pasti label-label dan bahan kimia yang terdapat pada botol tersebut….Sebaiknya, letakkan bahan kimia seperti pencuci di dalam almari khas dan dikunci….Letakkan di tempat tinggi bagi membolehkan si comel mencapainya….Ubat-ubatan juga perlu dijauhkan daripada pemerhatian si comel…Masukkan di dalam rak khas dan disimpan di tempat yang tinggi….

penuci di dalam almari

6) Kukuhkan perabot berat dan besar

Perkakas kediaman atau perabot yang berat dan besar boleh menggugat keselamatan si comel….Sebagai contoh rak buku yang tinggi boleh terbalik dan menghempap si comel…Oleh itu, kukuhkan alat perabot dengan memasang skru terus kepada dinding…Gajet elektrik seperti televisyen boleh dipasang merapati dinding….Pastikan pemasangannya kukuh dan tidak bergoyang…Letakkan benda berat di bahagian bawah rak agar rak menjadi stabil dan tidak bergoyang…

tv

7) Sentiasa kunci kamar mandi

Bilik mandi merupakan kawasan bahaya untuk si comel mommies….Baldi berisi air, tab mandi, atau mangkuk tandas itu sendiri mempunyai potensi bahaya untuk si comel…Oleh itu mommies perlu sentiasa kuncikan bilik air….Jika mereka berada di dalam bilik air, pastikan mommies memerhatikan mereka, kerana dibimbangi mereka terjatuh kerana tergelincir….

Toilet-Lid-Lock

Semoga tips keselamatan ini bermanfaat untuk mommies dalam menjaga keselamatan si comel semasa berada di rumah..

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama….Terima kasih…..

akhir blog

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge