TIPS ELAK ANAK LEKA DENGAN TELEVISYEN DAN GAJET

TIPS ELAK ANAK LEKA DENGAN TELEVISYEN  DAN GAJET

Mommies risau bila anak sering menonton televisyen….Pantang ditegur, pasti mengamuk….Ada juga yang sibuk bermain gajet….24jam dengan gajet….kerap bermain game….sehingga mommies sendiri tidak punya masa untuk bermain bersama mereka….Jika sudah bersekolah, lain pula ceritanya…sanggup meninggalkan kerja yang diberi oleh guru semata-mata ingin menonton rancangan kegemaran di televisyen….Jadi, saya berikan tips kepada mommies untuk elakkan anak obses  dengan televisyen dan gajet….

1) LIBATKAN DENGAN AKTIVITI DI RUMAH

Apa sahaja yang mommies lakukan di rumah, minta anak-anak untuk membantu….Jika memasak di dapur, minta mereka bacakan resepi….Jika ayah sedang membasuh kereta, minta mereka bantu ayah untuk memudahkan kerja membasuh kereta….Apabila anak-anak sibuk membantu mommies dan ayah, mereka akan lupa dengan televisyen dan gajet….Namun, pastikan mereka bukan dalam keterpaksaan….Bimbang nanti mereka memberontak….

Lakukan secara santai dan gembira….Sambil memasak, berbual dengan mereka tentang perihal sekolah…Sambil membasuh kereta, minta mereka ceritakan impian mereka apabila besar kelak….Aktiviti seperti ini akan membuat mereka teras terhibur…

family-cooking

2) BERIKAN TUGAS KETIKA MASA LAPANG

Mommies dan ayah boleh berikan mereka tugasan jika melihat mereka seolah-olah mempunyai masa lapang….Ini bagi mengelakkan mereka mengisi masa lapang tersebut dengan menonton televisyen mahupun bermain dengan gajet….

Sebagai contoh, mommies dan ayah boleh berikan tugasan lukisan rumah idaman, tempat percutian yang ingin mereka lawati, haiwan kesayangan dan sebagainya….Berikan juga ganjaran jika mereka daat menyiapkan lukisan tersebut dengan kemas dan cantik….Aktiviti lukisan ini selain dapat mengisi masa lapang, ia juga dapat mencungkil bakat terpendam anak-anak mommies dan ayah…Seronok bukan??

family-drawing-activity

3) BERMAIN BERSAMA

Aktiviti permainan yang dilakukan bersama-sama dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga….Banyak perkara dan nilai murni yang boleh diterapkan semasa aktiviti permainan dijalankan….

Jika ayah sudah menentukan jam 5 petang untuk bermain badminton, pasti anak-anak akan berada tepat pada masanya kerana teruja dengan aktiviti tersebut….Ini dapat melatih anak-anak dengan sikap berdisiplin….

Jika bermain bola pula, dan berlaku kecederaan kecil, situasi ini dapat menerapkan rasa bertanggungjawab, simpati dan berhati-hati dalam diri anak-anak…Mereka akan saling membantu antara satu sama lain….

family-playing-football-on-the-lawn-in-garden

4) CONTOH TELADAN

Mommies dan ayah tinggalkan facebook, twitter, instagram semasa di rumah…Elakkan menumpukan perhatian kepada gajet terlalu lama…Seeloknya, tinggalkan gajet di bilik….dan melihat gajet apabila anak-anak tiada bersama…Ini bagi mengelakkan anak-anak merasakan gajet merupakan bahan terpenting dalam kehidupan yang perlu dipegang sentiasa….

bedroom-design-ideas-for-young-men-for-gadget-mania

5) AKTIVITI KEGEMARAN ANAK-ANAK

Tanya kepada anak-anak mengenai aktiviti yang ingin dilakukan selain menonton televisyen….Beriadah di waktu petang tentu menyeronokkan…Dapat berjumpa rakan baru, dapat bersenam dan mengeratkan hubungan kekeluargaan….Jika mereka ingin bermain bola, ajak mereka bermain bola bersama-sama di padang….

kids-playgrounds1

6) JEMPUT RAKAN-RAKAN KE RUMAH

Kemahiran sosial perlu dibangunkan sejak mereka berada di rumah, bagi mengelakkan mereka tidak mempunyai rakan semasa di sekolah nanti….Wujudkan suasana yang beramah mesra dengan tetamu yang hadir….Jika boleh, ajak anak-anak tetamu untuk bermain bersama-sama anak mommies dan ayah….Dari sini, mereka akan berkongsi permainan dan mewujudkan semangat kekitaan….Mengelakkan mereka daripada kedekut dan sentiasa ingin berkongsi….

jemput rakan ke rumah

7) BELAJAR DI RUMAH

Sewaktu cuti, mommies dan ayah boleh perbanyakkan aktiviti bersama anak-anak…Mommies dan ayah boleh lakukan aktiviti mempelajari bahasa baru bagi meningkatkan kosa kata mereka….Sama ada belajar bahasa asing mahupun Bahasa Ibunda sendiri….Di rumah, mereka boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan ini tentu menyeronokkan….Elakkan mempelajari bahasa dalam masa yang terlalu lama pula, bagi mengelakkan mereka merasa bosan….

homeschooling

 

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies dan ayah bagi mengelakkan anak-anak terlalu menumpukan perhatian kepada rancangan televisyen dan gajet….

Selamat beramal!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge