9 DO & DON’TS TENTANG KULIT MOMMIES HAMIL

9 DO & DON’TS TENTANG KULIT MOMMIES HAMIL

Ketika hamil, mommies akan mengalami perubahan hormon yang akan menyebabkan pelbagai perubahan….Ada yang ditumbuhi jerawat walaupun asalnya kulit bersih tanpa sebarang jerawat…Ada juga yang tambah berseri-seri tanpa sebiji jerawat…Setiap mommies akan mengalami perubahan yang berbeza…Jom kita ikuti 9 perkara yang mommies perlu beri perhatian sepanjang kehamilan untuk kulit mommies…

1.ELAKKAN PENGGUNAAN KOSMETIK DARIPADA BAHAN KIMIA

Sepanjang tempoh kehamilan, bahan yang disapu pada kulit akan diserap melalui pori-pori tubuh….Jika tubuh menyerap zat kimia berbahaya tersebut, ini akan mempengaruhi kesihatan bayi di dalam kandungan mommies…Jika ditumbuhi jerawat, elakkan menyapu krim-krim jerawat yang kebanyakkannya mengandungi bahan kimia…Biarkan sahaja ataupun jika mommies ingin menghilangkan jerawat tersebut gunakan kaedah tradisional….Antaranya ialah penggunaan kulit kayu manis dan madu…..Kulit kayu manis tersebut ditumbuk dan dicampur dengan madu kemudian disapu pada kulit yang berjerawat….

2. PENGGUNAAN MINYAK MINERAL, PEG DAN PEWANGI TIRUAN

Penggunaan bahan tiruan akan memberi kesan kepada mommies dan bayi di dalam kandungan…Seeloknya elakkan penggunaan minyak mineral, PEG dan pewangi tiruan tersebut bagi menjamin kesihatan mommies dan bayi….

3. PENGGUNAAN PRODUK RETIN A

Pastikan mommies menggunakan produk penjagaan wajah yang bebas bahan yang mengandungi Retin A/retinoids/Retin/Retinol atau istilah Retin dalam senarai produk…Lazimnya retinol disenaraikan dalam krim malam dan Retin A di dalam serum…Kebanyakan produk yang mengandungi Retin adalah untuk penjagaan kulit anti penuaan…

4. KANDUNGAN HYDROQUINONE

Bahan ini sering ditemui dalam produk mencerahkan wajah dan krim jerawat….Oleh itu, elakkan penggunannya sekalipun mommies mempunyai jerawat di wajah semasa hamil….

5. HYDROXY ACID DALAM KRIM JERAWAT

Hydroxy acid di dalam krim jerawat ialah asid salisilik yang berbahaya untuk mommies ketika hamil…Dos yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi kepada kehamilan…

6. KRIM PENYINGKIR BULU

Jika digunakan, boleh mendatangkan alahan kulit kepada mommies….Jadi, jika mommies ingin menggunakan krim ini, sapukan sedikit di ruang yang kecil pada kulit dan lihat reaksi tubuh…Jika terdapat reaksi negatif, elakkan menggunakan krim tersebut…

7. KRIM UV

Mommies yang sering bekerja di tempat yang terdedah dengan sinaran uv sememangnya akan menggunakan krim pelindung UV..Ia selamat digunakan tetapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit…

8. BAHAN SOLEKAN NONCOMEDOGENIC atau NONACNEGENIC

Bahan solekan yang mengandungi noncomedogenic atau nonacnegenic  boleh digunakan kerana ia bebas minyak dan tidak menyumbat pori-pori…Jadi, ia selamat untuk mommies dan bayi di dalam kandungan…

9. PRODUK BERSIFAT ORGANIK

Cara paling selamat ialah mommies gunakan produk yang bersifat semulajadi….Semestinya tidak mendatangkan sebarang masalah dan keraguan kepada mommies….

 

**Sekarang, mommies boleh  check bahan-bahan yang digunakan dalam produk penjagaan wajah mommies….Jika tiada bahan-bahan yang disebutkan di atas, mommies boleh terus menggunakannya tanpa keraguan…Nasihat byte untuk  mommies yang sedang hamil, buat pilihan bijak, pilih produk penjagaan wajah yang bersifat semulajadi demi keselamatan dan kesihatan mommies dan bayi di dalam kandungan…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

akhir blog

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge