JIMAT WANG, JAMIN KESIHATAN DENGAN CLOTH DIAPERS

TIPS MENJAGA KESIHATAN DAN MENJIMATKAN WANG DENGAN CLOTH DIAPERS

Hai mommies…pernah dengar tentang penggunaan cloth diapers (CD) ??….Ia pengganti kepada lampin pakai buang yang kerap digunakan oleh mommies zaman moden….Kenapa penggunaan cloth diapers ini menjimatkan?? Kerana ia boleh digunakan berulang kali dan boleh disimpan dalam jangka masa yang lama….Penggunaan oleh anak sulung, boleh diteruskan untuk anak-anak yang kemudian…Jimat bukan?? Kenapa ia menjamin kesihatan??…Kerana ia bersifat semulajadin dan bebas bahan kimia….Selamat untuk kulit bayi….Jadi mereka tidak akan terkena masalah ruam lampin lagi….

Jom kenali cloth diapers dengan lebih dekat lagi….sebagai panduan untuk mommies yang belum mempunyai pengalaman menggunakannya….

jenis insert cloth diapers

  1. Insert (yang berwarna putih) berfungi sebagai penyerap…Terdapat dua jenis insert iaitu daripada microfiber (fabrik gentian) dan bamboo (fabrik buluh)…
  2. Soaker (yang berwarna-warni) mengandungi PUL bagi menghalang kebocoran…Ada yang jenis berbutang dan velco…

** Pembelian CD sememangnya didatangkan sekali dengan 1 keping insert microfibre…Jika ingin membuat tambahan insert, boleh dapatkan insert jenis bamboo…Materialnya lebih sejuk                     dan sesuai untuk kulit yang sangat sensitif…

** Lazimnya, lampin ini didatangkan dengan pelbagai corak dan warna…Antaranya warna oren, pink, biru, hijau dan bersorak kartun, geometri, polka dot dan sebagainya….

** Basuh insert sebanyak tiga kali bagi membolehkan ia menyerap air kencing bayi dengan banyak…

BEG BASUHAN/ BASAHAN

Beg basuhan cloth diapers

Beg basuhan CD berbentuk jaring-jaring…Mommies hanya masukkan CD ke dalam beg basuhan menggunakan mesin basuh…Ini bagi mengelakkan butang atau velco (strap) CD rosak….

Beg basahan atau wet bag digunakan untuk mengumpul CD yang sudah digunakan tetapi masih belum sempat dibasuh…

SAIZ CD

SAIZ CLOTH DIAPERS

 

Kelebihan CD ini ialah ia boleh digunakan sejak bayi baru lahir hingga tiga atau empat tahun…Setiap keping CD boleh diubahsuai mengikut umur dan keselesaan mereka…Jadi, mommies boleh laraskan mengikut saiz badan si comel….

CARA GUNA CD

CARA GUNA CLOTH DIAPERS1) Bagi bayi yang masih kecil, cantumkan butang bahagian atas kepada butang yang paling bawah untuk mendapat saiz S…Kemudian cantumkan ketiga-tiga barisan butang bahagian atas untuk tujuan kemasan CD….

cara guna cloth diapers 2

2) Masukkan insert dalam CD sebagai penyerap…Ia mengelakkan daripada berlaku kebocoran…Kemudian butangkan bahagian hujun untuk kekemasan CD…

cara guna cloth diapers 3

 

3) Untuk memakai CD, laraskan dengan lurus bahagian hadapan soaker…Kemudian butangkan CD mengikut keselesaaan bayi…Pastikan juga CD kemas pada bahagian peha bayi…Butangkan kedua-dua bahagian CD untuk kemasan…

CARA BASUHAN

CARA BASUHAN CLOTH DIAPERS

 

Apabila bayi membuang air kecil atau air besar, mommies perlu bersihkan CD terlebih dahulu dengan mengalirkan air paip sahaja…Jika bayi membuang air besar, keluarkan insert dan alirkan air pada permukaan CD…Perah CD untuk mengeluarkan sisa air basuhan…Insert juga begitu, hanya alirkan air sahaja…Kemudian, masukkan CD ke dalam beg basuhan jaring sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh….

 

Mudah bukan menggunakan CD ini??…Selain mudah digunakan, ia boleh digunakan berulang kali…Sangat menjimatkan wang…Byte sarankan mommies untuk gunakan CD ini, tambahan pula ia daripada bahan semulajadi dan selamat untuk anak-anak…..Bertukarlah sekarang….Buat pilihan yang bijak untuk kesejahteraan anak-anak mommies dan alam sekitar…

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama..Terima kasih…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge