9 PANDUAN HAMIL ANAK KEMBAR

PANDUAN HAMIL ANAK KEMBAR

Seronok kan bila dengar berita ada saudara mahupun sahabat handai yang hamil anak kembar?..Saya sendiri selepas bersalin, akak di  katil sebelah saya telah selamat melahirkan anak kembar sepasang…lelaki dan perempuan…memang comel…Mommies teringin nak hamil anak kembar? Jom ikuti panduan berikut….Semua dengan izinNya.

1.GENETIK

Jika terdapat susur galur yang kembar, mommies juga berkemungkinan melahirkan kembar kerana faktor genetik…Sekiranya semasa persenyawaan berlaku penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa, maka mommies boleh mendapat anak kembar…

2. UMUR

Kebarangkalian untuk wanita berumur 35-40 tahun mendapat anak kembar adalah sangat tinggi…kerana mereka mungkin menjalani rawatan kesuburan untuk memperoleh zuriat….Rawatan kesuburan tersebut pula cenderung untuk menghasilakn lebih daripada satu ovum semasa proses ovulasi disebabkan proses itu terganggu kerana proses perimenopause..

3. BILANGAN ANAK

Anak yang ramai memberi potensi yang tinggi kepada mommies untuk hamil anak kembar…

4. BERAT BADAN & KETINGGIAN

Dikatankan bahawa wanita yang mempunyai berat badan yang lebih berpotensi untuk hamil anak kembar….Pengalaman saya, akak di katil sebelah berbadan besar dan melahirkan anak kembar….

5. DIET PROTIN

Pengambilan makanan yang mempunyai estrogen yang tinggi diyakini boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar…Jenis protin di dalam hati haiwan merupakan faktornya…Protin tersebut menyerupai insulin (IGF) yang ditemui dalam susu lembu…Pada tubuh wanita, IGF meningkatkan jumlah telur yang dihasilkan…

6. MINUM SUSU

Jika mommies sememangnya penggemar susu sejak kecil, peluang untuk mommies hamil anak kembar adalah sangat cerah…Ini berdasarkan Journal of Reproductive Medicine, wanita yang gemar meminum susu memiliki potensi untuk kehamilan kembar lima kali ganda…

7. UBAT KESUBURAN

Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan peluang hamil anak kembar…Ubat kesuburan clomid memberi peluang sebanyak 10%, manakala ubat gonal F menawarkan peluang hamil anak kembar sebanyak 30 %…

8. DOA ANAK KEMBAR

Bagi umat Islam, boleh amalkan bacaan surah As-Saafaat ayat 120, surah Asy-Syura ayat 50…Amalkan secara istiqamah dan penuh keyakinan agar doa dimakbulkan Allah….

9. PROSEDUR IVF

Kandungan kembar kerap terjadi kerana persenyawaan luar rahim atau IVF…Dalam satu kitar haid, hanya satu telur dalam ovari menjadi matang dalam setiap kitaran…Jika tiada persenyawaan dengan sperma, telur akan musnah dan peredaran haid terus berlaku dan kitaran haid berulang setiap bulan..

Dalam teknik IVF, ovari dirangsang untuk menghasilkan lebih daripada satu telur untuk meningkatkan kehamilan…Kemudian, telur-telur tersebut akan diberikan suntikan sehingga ia matang…Apabila matang, telur akan disenyawakan dengan sperma suami…Maka, kebarangkalian lebih daripada satu telur yang disenyawakan meningkatkan potensi untuk mommies hamil kembar…

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies yang inginkan kehamilan kembar…

Klik share untuk manfaat bersama..Terima kasih…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge