11 LANGKAH MUDAHKAN PROSES BERSALIN

LANGKAH MUDAH BERSALIN

Semua mommies ingin bersalin dengan mudah bukan?…Pengalaman setiap orang adalah berbeza…Semua bergantung atas badan masing-masing….Mungkin disebabkan pemakanan, maka saat kelahiran dimudahkan….Mungkin disebabkan amalan-amalan semasa mengandung menyebabkan proses kelahiran menjadi mudah…Di sini, saya nak share 12 langkah mudahkan proses kelahiran untuk mommies….

1.SENAMAN

Senaman semasa hamil boleh dilakukan pada bulan terakhir kehamilan bagi memudahkan proses bersalin…Lakukan senaman ringan dan berhenti jika mommies berasa penat…Mommies boleh amalkan berjalan kaki selama 30minit dan melakukan latihan pernafasan…ia membantu mommies menahan sakit dan meneran semasa kepala bayi sudah kelihatan…Saya sendiri kerap berjalan di sekolah walaupun sedikit penat dan tidak selesa…

2. ELAKKAN REHAT YANG BANYAK

Keadaan mommies yang sarat di akhir kehamilan, memang membuatkan mommies merasa tidak selesa….Namun, elakkan daripada banyak berehat…Lakukan kerja-kerja rumah yang ringan seperti biasa…Ketika mengemas rumah, mommies boleh duduk itik dan ini akan membuatkan bayi “turun” dan memudahkan proses kelahiran….

Nak mengemas rumah seperti sebelum hamil, memang tidak…tetapi saya tetap mengemas apa yang patut…tak mahu badan terlalu manja dengan banyak berehat…cuma saya pastikan waktu petang, saya dapat berehat dan malam tidur awal…

3. JAGA PEMAKANAN

Amalkan pemakanan seimbang sepanjang kehamilan…Pastikan makanan yang diambil mengandungi diet yang sihat dan seimbang….Banyakkan meminum air kosong dan lebihkan memakan buah-buahan dan sayuran…

Waktu ini saya banyak amalkan memakan bendi kerana dikatakan lendir pada sayur bendi memudahkan proses bersalin…saya juga memakan sayuran hijau bagi mengekalkan hemoglobin dalam darah….Seperti biasa, saya memang mengambil beberapa suplemen kesihatan untuk kekal cergas dan bertenaga…

4. PEMAKANAN SUNNAH

Makanan sunnah seperti kurma dan kismis sememangnya membekalkan tenaga semasa proses kelahiran….Jadi, mommies boleh amalkan ye…

Kurma dan kismis ni memang saya ambil…Ibu siap-siap membuat tempahan kepada sahabatnya yang berada di Madinah untuk membeli kurma buat saya…Alhamdulillah..semasa puasa, kurma dan kismis memang membantu mengekalkan tenaga..disamping makanan lain…waktu sahur sahaja, saya ambil sehingga 5biji buah kurma…dan saya siap-siap buat stok untuk selepas ramadhan…maklum sahaja, kurma sukar diperoleh jika bukan bulan ramadhan…

5. KHATAM SEPANJANG HAMIL

Bagi mereka yang beragama Islam, elok banyakkan membaca al-quran…terdapat beberapa surah yang elok dibaca sepanjang tempoh kehamilan…Antaranya ialah surah Yusuf untuk memperoleh zuriat yang mempunyai wajah yang tampan dan sejuk mata memandang…Surah Maryam untuk memudahkan proses kelahiran…

Namun, surah-surah lain juga elok dibaca sepanjang kehamilan…kerana setiap kalimah dalam ayat al-quran merupakan kalam Illahi…saya juga mengamalkan bacaan al-quran setiap hari bagi memperdengar ayat-ayat suci kepada bayi di dalam kandungan…

6. KERAP BERSAMA SUAMI

Pada saat akhir menanti kelahiran, lakukan hubungan seks dengan suami…Doktor berpendapat air mani yang mengeluarkan hormon prostaglandin boleh merangsang kontraksi…

7. BERENDAM SEBELUM KE HOSPITAL

Berendam di dalam air boleh mempercepat proses bersalin…Jika tiada tab, gunakan kola renang plastik kanak-kanak untuk tujuan ini…

8. TENAGA YANG CUKUP

Pastikan mommies mengambil makanan dan minuman sebelum masuk ke labour room..Di labour room, mommies tidak dibenarkan makan dan minum…Saya sendiri sebelum dibawa masuk ke labour room, saya memakan bubur nasi yang dibeli suami dan meminum air masak secukupnya…Alhamdulillah sepanjang berada di labour room, saya masih kekal bertenaga sehingga saat kelahiran…

9. POSISI BERSALIN

Semasa hendak bersalin, mommies boleh lakukan apa sahaja posisi yang mommies selesa…Namun, semasa menjalani fasa kontraksi, banyakkan berjalan…elakkan hanya berbaring dan menahan sakit…

10. JANGAN MENERAN

Mommies dinasihatkan untuk tidak meneran sehingga dibenarkan…Tahan nafas dan hembus secara perlahan-lahan secara konsisten…

Saya juga tidak dibenarkan meneran sehingga diberitahu…Tambahan dengan anak sulung, saya hanya menurut arahan doktor…Apa yang saya buat ialah menahan nafas dan hembus perlahan-lahan…Ini juga bagi mengelakkan kehabisa tenaga semasa hendak meneran nanti…

11. AMALAN DOA DAN AIR SELUSUH

Semasa usia kandungan mencecah 7 bulan, mommies boleh amalkan doa mudah bersalin dan menyapu air selusuh ke perut dari atas ke bawah…Ini bagi memudahkan proses bersalin…Air selusuh pula elok dibuat oleh suami…..

Semoga langkah mudah bersalin ini bermanfaat untuk mommies yang sedang menanti kelahiran…Semoga dipermudahkan…

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

{PERKONGSIAN BICARA}

{fb: byte jannate, ig: byte_jannate}

{wasap: 0133946178}

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge