DOA DAN ZIKIR MUDAHKAN PROSES BERSALIN

HIMPUNAN DOA DAN ZIKIR MUDAHKAN PROSES BERSALIN

Setiap ibu mempunyai pengalaman sendiri saat melahirkan zuriat…Semuanya menjadi kenangan indah yang terpahat utuh di minda para ibu….Kesakitan itu hanya ibu yang boleh rasa…Sakit yang hilang saat melihat wajah si comel dan memangku mereka di dada….Kali ini, saya akan kongsikan beberapa doa dan zikir bagi mengatasi sakit sewaktu hendak bersalin…

  1. doa mudah bersalin

Ya tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat yang baik sempurna. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hambaMu.

2. doa mudah bersalin 2

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3. doa mudah bersalin 3

Tuhanku berikanlah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.

SAAT HAMPIR BERSALIN:-

4. doa mudah bersalin 4

Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah

MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN:-

5. Bacalah ayat kursi

bacaan-Ayat-Kursi

Bahawasanya Tuhanku, telah menjadikan langit dan bumi dan yang di antara keduanya di dalam enam hari kemudian. Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintahNya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

6. Perbanyakkan tasbih ini:-

pg2d

Maha Suci Allah

pg3a

Aku pohon ampun kepada Allah

7. Sentiasa membaca doa ini sekurang-kurangnya 10 kali setiap solat 5 waktu

8. Mengamalkan bacaan surah an-Nahl ayat 78-80:-

doa mudah bersalin 7

dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur.

Inilah antara amalan doa dan zikir yang boleh mommies amalkan sepanjang kehamilan….Bukan sahaja dipermudahkan saat bersalin, tetapi juga mendapat pahala….Lebih-lebih lagi, si manja di dalam kandungan dapat mendengar bacaan ayat-ayat suci ini….Didoakan agar mommies semua dipermudahkan urusan melahirkan anak…

Klik share untuk manfaat bersama…terima kasih…

akhir blog

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge