TEKNIK PERNAFASAN MUDAHKAN SAAT BERSALIN

TEKNIK PERNAFASAN MUDAHKAN SAAT BERSALIN

Mommies yang ingin bersalin perlu mengamalkan teknik pernafasan yang betul bagi memudahkan proses kelahiran…Ini penting kerana melalui teknik pernafasan yang betul, oksigen dapat disalurkan kepada si manja di dalam kandungan yang ingin melihat dunia….Ia juga dapat membantu mommies untuk bertenang ketika meneran saat kelahiran…

SOKONGAN SUAMI

Suami merupakan insan yang akan hadir bersama mommies di labour room (LR) ketika saat kelahiran…Jadi, seeloknya, suami mengetahui cara pernafasan yang betul semasa meneran bagi membantu mommies….Maklumlah, jika sudah sakit…pasti ada yang mommies akan lupa…Tugas suami untuk membantu saat ini amat diperlukan…

TEKNIK YANG BETUL

Seperti biasa, pihak klinik kesihatan akan menyediakan kelas antenatal yang akan memberi tunjuk ajar teknik pernafasan yang betul semasa proses meneran….Mommies boleh hadiri kelas ini bersama suami…Kelas ini boleh dihadiri seawal minggu ke-25…Aktivit bersenama sangat digalakkan bagi membantu proses kelahiran nanti…Tidak semestinya perlu berjoging, mommies juga boleh lakukan aktiviti berenang yang menggunakan kadar tenaga yang rendah…

PERNAFASAN SEMASA MENERAN

  1. Ikut gesaaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila cukup bukaan 10cm.
  2. Boleh meneran beberapa kaliselagi masih berasa gesaan untuk meneran.
  3. Langkah teknik pernafasan:-
a) Fasa 1: Air ketuban pecah
b) Fasa 2: Kontraksi bermula dan menyebabkan mommies tidak selesa. Mulakan teknik pernafasan yang dipelajari
c) Fasa awal kontraksi: Mulakan pernafasan dalam (tarik nafas melalui hidung dan sebut dalam hati …..re
d) Masa tiada kontraksi: Lakukan pernafasan normal (Tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut)
e) Kontraksi: Pernafasan dalam
f) Cukup 10cm dan bayi bersedia: Kontraksi, curi nafas, tunggu arahan meneran. Pernafasan dalam dan teran sambil hembus kuat. Pernafasan normal dan tunggu kontraksi kedua dan lakukan pernafasan dalam dan teran

APA BERLAKU JIKA SALAH TEKNIK PERNAFASAN??

Jika mommies merasa takut dan tidak tenang, pernafasan akan menjadi pendek…Otot tubuh yang berkait rapat dengan proses kelahiran menjadi sangat tegang…

Pernafasan pendek ini akan mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi..Terdapat mommies yang tidak bernafas dengan betul menyebabkan bayi masuk semula dan seterusnya melambatkan proses kelahiran…

Risiko komplikasi semasa kelahiran, kepala bayi sudah keluar tetapi bahu tidak melepasi faraj…dan mommies juga akan mudah merasa letih…Maka, mommies dinasihatkan agar tidak meneran terlalu banyak dan perlu lebih tenang…

Semoga tips pernafasan yang betul semasa menghadapi saat kelahiran ini dapat membantu mommies semua….

Klik share untuk manfaat bersama…terima kasih…

 

SHARING JOURNEY

-byte-

fb: bytejannate

page: sweetticer

0133946178

sweetticer@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE MUAR, KULAI, JOHOR BAHRU

Penghantaran melalui POSLAJU ke seluruh Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge