TIPS TUBUH MENAWAN PIKAT HATI SUAMI

Mommies yang sudah berkahwin…sudah melahirkan zuriat pasti risau dengan bentuk tubuh masing-masing…betul kan?..kalau boleh memang nak sangat tubuh kembali langsing macam anak dara…paling seronok bila jumpa kawan-kawan lama…tak percaya dah beranak 5….sebab tubuh kekal langsing dan menawan…

Tubuh menawan ini bukanlah tubuh yang kurus….tubuh menawan ini tubuh yang mempunyai bentuk yang menggiurkan dan kulit halus mulus tanpa cela…bukan untuk siapa-siapa…tetapi untuk kekasih hati incik suami….Jom saya kongsikan tips untuk dapatkan tubuh menawan…

tubuh menawan

1.AIR MASAK YANG CUKUP

Mommies sebagai seorang wanita, elakkan minum minuman bergas…Walau suka macam mana sekalipun..elakkan….lebih-lebih lagi jika waktu datang bulan….Minumlah air masak secukupnya…sekurang-kurangnya 2 liter sehari….Elakkan juga meminum minuman manis dengan kerap dalam masa sehari…..Jika sarapan sudah mengambil teh tarik…waktun tengah hari, ambillah air masak…minum petang pula, mommies boleh ambil air kopi panas….Susun jadual pemakanan dengan betul….Air masak yang cukup akan meningkatkan metabolisme badan dan membuatkan kulit menjadi lembap…

senaman tubuh anggun

2. LAKUKAN SENAMAN

Mommies boleh pilih senaman yang sesuai dan menyeronokkan…Elakkan terlalu mendengar kata-kata orang ramai tentang kehebatan sesuatu senaman, tetapi apabila dilakukan mommies berasa tidak seronok…Senaman seperti aerobik dan tarian mampu mendapatkan bentuk tubuh badan yang menawan kerana senamaan tersebut memerlukan tubuh bergerak sepenuhnya…Aktiviti renang pula dapat membentuk lengan dan dada yang cantik…Rajinkan diri mommies untuk bersenam ye…

SPA TUBUH ANGGUN

3. MANJAKAN DIRI DI SPA

Mommies boleh keluarkan sejumlah wang untuk memanjakan diri di spa ye….pilih pakej yang dikehendaki…Urutan yang dilakukan boleh melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat-urat yang bersimpul…rawatn sauna dan mandi herba pula boleh membuang toksin dan memecahkan lemak dalam badan…manakala rawatan lulur pula boleh menghilangkan sel kulit mati dan menghasilkan kulit yang halus mulus…

Jadi, jangan abaikan aktivit di spa…seeloknya lakukan sebulan sekali..atau tiga bulan sekali ye…setelah badan penat dengan kerja di pejabat atau di rumah…berilah tubuh mommies berehat di spa…

Fast-Food MAKANAN SEGERA

4. ELAKKAN MAKANAN SEGERA

Makanan segera…tidak perlu dihuraikan lagi…sememangnya mempunyai banyak keburukan berbanding kebaikannya…dengan harganya yang mahal, ia amat merugikan..rugi duit….rugi nikmat sihat…makanan segera mempunyai kalori yang tinggi serta serbuk perasa yang akan menyebabkan berat badan naik dan boleh mendatangkan mudarat kepada masalah kesihatan yang lain….

Lebih elok mommies amalkan diet yang sihat seperti memakan salad,buah-buahan dan lauk pauk yang dikukus….Berat badan yang ideal akan diperoleh bersama tubuh badan yang sihat…

berpantang-selepas-bersalin

5. BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN

Ketika hamil, sememangnya tubuh badan mommies akan berubah…Jadi, cara untuk kembali langsing dan anggun adalah mengamalkan amalan berpantang…Rajinkan bertungku, berbengkung untuk mengempiskan perut buncit dan menggeleber…Memakai stokin untuk mengelakkan tubuh dimasuki angin…

jamu

6. MAKAN JAMU/HERBA

Amalan memakan jamu/herba sudah lama diamalkan oleh wanita zaman dahulu…Cuma saya ingatkan mommies untuk berhati-hati memilih jamu di pasaran..Pastikan kandungannya yang dilulukan oleh KKM….

 

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies….

Klik share untuk manfaat bersama..Terima kasih…

SHARING JOURNEY

-byte-

fb: bytejannate

page: sweetticer

0133946178

sweetticer@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE MUAR, KULAI, JOHOR BAHRU

Penghantaran melalui POSLAJU ke seluruh Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge