6 TIPS TANGANI ANAK BERSIKAP ANEH

Apabila hadir ke majlis formal, anak mommies mula menjerit menangis secara tiba-tiba tanpa pengetahuan mommies….Dalam hati mula timbul rasa nak marah kerana orang ramai…Semuanya tertumpu ke arah mommies….Hati-hati ye mommies…tindakan memarahi anak di depan khalayak ramai bukan menyelesaikan masalah malah memburukkan keadaan….Jom saya kongsikan tips yang boleh mommies amalkan apabila anak mommies bersikap aneh….

1.MENGELAK PANDANGAN

Anak akan mengelakkan pandangan ketika berbicara…Keadaan ini berlaku kerana mereka bimbang tindakan mereka mengundang kekecewaan mommies….

CARA ATASI:-

Elakkan memarahi mereka dan mengugut…tetapi berbicara dengan penuh kata-kata yang indah…Jika mereka telah memecahka pinggan di dapur..Ingatkan mereka supaya lebih berhati-hati….dan mommies bersedia untuk  membersihkan serpihan kaca tersebut…

2. MEMBAWA MAINAN KE KATIL

Tindakan anak yang sebegini memang akan membuatkan tempat tidur bersepah…Namun, menurut Kerstin Potter, pengarah program pendidikan awal kanak-kanak di Harcum College, Pennsylvania, AS,hal ini merupakan salah satu trik agar si keci terhindar daripada mimpi buruk…Di usia ini, mereka gemar berimaginasi…Dengan membawa mainan ke tempat tidur, ia merupakan salah satu cara bagi mengelakkan mimpi buruk dan mendapat tidur yang nyenyak…

CARA ATASI:-

Benarkan mereka membawa mainan, namun hadkan kepada dua hingga tiga jenis mainan sahaja…

3. MENGANGKAT BAJU

Situasi ini memang akan mengundang kemarahan mommies….dan mommies juga berasa malu…Namun, ia sebenarnya menunjukkan bahawa mereka tidak selesa berada di khalayak ramai dan dikelilingi orang yang tidak dikenali…

CARA ATASI:-

Beri masa kepada mereka di dalam suatu tempat yang mempunyai ramai orang…Elakkan memaksa mereka bersalaman dengan orang yang tidak dikenali…Justeru, mereka akan mempunyai keyakinan diri dan tidak akan berselindung di belakang baju mommies lagi…

4. BERSEMBUNYI DI BALIK SOFA

Kadang-kadang mereka inginkan privasi….terutama ketika hendak membuang air kecil dan besar…Elakkan bertanya “mengapa adik duduk di belakang sofa?” sambil membuka seluarnya…Ini akan menunjukkan tindakan mereka untuk berada di belakang sofa ketika mempunyai rasa hendak membuang air adalah betul…

CARA ATASI:-

Mommies boleh ajak mereka ke tandas secara berkala…Tunjukkan cara duduk di atas tandas, cara membersihkan kemaluan dan punggung…Belikan pakaian yang mempunyai karekter yang digemari agar mereka mempunyai semangat…

5. BERKELAKUAN KASAR

Tiba-tiba sahaja anak mommies bertindak membaling barang mainan mereka, memukul bantal dan membuang makanan….Elakkan terus memarahi mereka…Tindakan mereka ini menunjukkan mereka berasa bosan, tidak selesa atau sedang mencari perhatian…

CARA ATASI:-

Usahakan untuk mendapatkan masalah mereka…Jika mereka bosan, bawa keluar ke taman permainan…Jika mereka masih memberontak, berikan masa kepada mereka jika ingin mengatakan sesuatu…

6. MENJERIT

Waktu ini anak mommies mesti inginkan kemahuan mereka dituruti waktu itu juga…contohnya, mommies terlewat memberi makan…atau mommies terlalu sibuk dengan kerja hingga tidak mempunyai masa bermain dengan mereka…

CARA ATASI:-

Ketika menjerit inginkan makanan….katakan kepada mereka makanan akan siap sebentar lagi…Minta mereka cuci tangan terlebih dahulu….Jika mereka menjerit kerana ingin bersama mommies…berhenti melakukan kerja sesegera yang boleh..hampiri mereka dan peluk….

Anak-anak yang meningkat usia sememangnya memerlukan perhatian yang lebih…Tindakan mereka kadang-kadang di luar jangkaan….Elakkan daripada menunjukkan perkara-perkara negatif seperti memarahi mereka….Dekati mereka, hampiri mereka, pujuk mereka dengan cara yang berhemah….

Semoga tips ini bermanfaat untuk mommies…

Klik share untuk manfaat bersama ye….Terima kasih…

 

SHARING JOURNEY

-byte-

fb: bytejannate

page: sweetticer

0133946178

sweetticer@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE MUAR, KULAI, JOHOR BAHRU

Penghantaran melalui POSLAJU ke seluruh Malaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge