5 TIPS SIHAT DI PEJABAT TANPA TEKANAN

Bila tiba hari bekerja…macam-macam yang bermain di fikiran…ada orang yang suka kembali bekerja setelah cuti hujung minggu….ada orang mula merasai tekanan perasaan kerana timbunan kerja yang banyak…Jom saya kongsikan 5 tips untuk kekal sihat tanpa tekanan di pejabat….

1)NAIK TANGGA

Tahukah anda dengan menaiki dan menuruni tangga mampu mengurangkan tekanan? Ini kerana darah di dalam badan dapat dialirkan dengan baik ke seluruh tubuh…Jadi, elakkan menggunakan lif dengan kerap semasa di pejabat…

2) MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA

Kuantiti air yang cukup menjamin kualiti kesihatan yang terbaik…Maka, bawalah bekal minuman dari rumah…Letak di atas meja..supaya kita kerap melihat air tersebut dan terasa hendak mengosongkannya dengan cepat…Jika anda hanya mengambil air di pantry pejabat apabila berasa haus, ia tidak membantu tubuh mendapat air yang secukupnya…

3) MENGAMBIL MAKANAN TINGGI SERAT

Selalunya bagi menghilangkan rasa letih menaip di hadapan komputer, anda akan membacuh minuman 3 dalam 1 bukan? Sekarang, tukarkan dengan mengambil minuman berbijirin yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan…

4) LAKUKAN PERBINCANGAN POSITIF

Jika pejabat ada melakukan kursus-kursus pemantapan jati diri, hadirkan diri…Lazimkan berbincang perkara ilmiah bersama rakan sekerja…dan elakkan bercerita perihal orang lain…

5) PASTIKAN PERSEKITARAN BERSIH

Udara yang bersih akan mengelakkan tekanan perasaan…bau yang nyaman amat menyegarkan…gantung pewangi di meja anda…Sampah-sampah seperti kertas buangkan ke dalam tong sampah…elakkan menunggu tukang cuci untuk mengemas tempat anda…tempat anda adalah cerminan kepada peribadi sendiri…

Semoga tips ini bermanfaat untuk mereka yang bekerja di pejabat…

Klik share untuk manfaat bersama..terima kasih..

SHARING JOURNEY

-byte-

fb: bytejannate

page: sweetticer

0133946178

sweetticer@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE MUAR, KULAI, JOHOR BAHRU

Penghantaran melalui POSLAJU ke seluruh Malaysia

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge