KURANGKAN GULA BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Pengambilan gula seharuanya disukat terlebih dahulu dalam menu harian kita…Namun, ramai yang terlepas pandang kerana rasa…Apabila makanan yang kurang manis, kita akan merasakan makanan tersebut tidak sedap…Tahukah anda bahawa pengambila gula yang berlebihan membawa bermacam-macam jenis penyakit terutama masalah kencing manis, jantung dan obesiti….Jom kita selidiki cara mengurangkan gula dalam diet harian anda supaya badan kekal langsing dan cergas…

1)PERIKSA LABEL MAKANAN

Lazimnya makanan di dalam tin mahupun bungkusan yang mengandungi gula akan dilabel sebagai glukosa, fruktosa, sukrosa dan sebagainya…Manakala, gula tambahan akan dilabel sebagai aspartame, acesulfame potassium, saccharin, neotame, sucralose, maltitol, sorbitol ataupun xylitol….Jadi, anda boleh elakkan daripada membeli makanan yang mempunyai gula seperti di atas…

2) KURANGKAN MAKANAN DIPROSES

Selalunya gula ditambah dalam makanan diproses untuk menambahkan rasa dan memanjangkan jangka hayat makanan tersebut…Makanan dibekukan seperti snek, jajan, yogurt, sos juga mengandungi gula tambahan…

3) MEMASAK DI RUMAH

Apabila memasak di rumah, kita akan menyukat gula sendiri…jadi tidaklah terlalu banyak untuk diletakkan di dalam masakan berbanding jika anda makan di luar…sukatan gula yang berlebihan untuk memastikan masakannya sedap dan enak…

4) MAKANAN SIHAT DI RUMAH

Elakkan mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera…Walaupun ia disimpan di dalam tin, dan perlu dimasak untuk dimakan, ia tetap mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana telah diawet…

5) MINUM AIR YANG BANYAK

Tubuh yang mempunyai air yang cukup akan dapat mengelakkan anda mengambil makanan yang bergula…Cubalah…

6) REHAT YANG CUKUP

Badan yang kerap mendapat gula yang banyak,  akan menghasilkan tenaga yang banyak….Jadi, semasa proses untuk mengurangkan gula dalam diet harian, elakkan melakukan kerja-kerja berat bagi mengelakkan badan menjadi letih dan penat…

Semoga tips ini membantu anda dalam mengurangkan gula dalam diet harian bagi menjamin kesihatan yang berkualiti…

Klik share untuk manfaat bersama…Terima kasih…

SHARING JOURNEY

-byte-

fb: bytejannate

page: sweetticer

0133946178

sweetticer@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE MUAR, KULAI, JOHOR BAHRU

Penghantaran melalui POSLAJU ke seluruh Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge