RISIKO DUDUK TERLALU LAMA YANG MEMBAHAYAKAN

Cara bekerja era ini lebih banyak memerlukan duduk daripada berdiri….Di pejabat, semestinya anda lebih banyak duduk…kerana menaip tugasan yang diberikan oleh pihak atasan…Di rumah, anda juga kerap duduk menonton televisyen mahupun menyiapkan kerja…Jadi, dalam tempoh 24jam..anda sebenarnya lebih banyak duduk daripada berdiri dan berjalan…Jom ketahui risiko apabila duduk terlalu lama terhadap kesihatan tubuh badan….

1)SAKIT PUNGGUNG

Lazimnya terjadi kepada mereka yang bekerja di pejabat kerana kerap duduk dalam tempoh masa yang panjang…Sakit akan dirasai di bahagian tulang belakang atau punggung ke bawah…Ia terjadi kerana otot menjadi kaku kerana tempoh duduk yang terlalu lama…

2) GANGGUAN FUNGSI METABOLIK

Duduk terlalu lama akan menganggu sistem peredaran darah…Oksigen di dalam darah tidak dapat dialirkan dengan lancar ke seluruh tubuh badan…Paras kolesterol di dalam darah juga akan meningkat…Kerana apabila anda┬átidak bergerak, kolesterol akan membeku di dalam darah…

3) RISIKO DIABETES

Wanita yang duduk selama tujuh jam sehari memiliki risiko diabetes yang tinggi…Ini kerana kadar metabolisme tubuh wanita yang rendah berbanding lelaki…Jika anda tidak bergerak dengan aktif, lemak dan kalori di dalam badan tidak dapat dibakar dan akan mengundang diabetes…

4) SAKIT LEHER

Duduk terlalu lama dalam keadaan tegak akan mengundang radang pada tulang belakang…Ini menyebabkan anda mengalami sakit leher kerana ketegangan urat…

Jadi, jika anda bekerja dan memerlukan anda duduk….lakukan gerakan dan kerapkan berjalan mahupun berdiri bagi mengurangkan risiko kesihatan….

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua…

Klik share untuk manfaat bersama..Terima kasih…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge