ATASI KESAN REGANGAN YANG MEMALUKAN SECARA ALAMI

ATASI KESAN REGANGAN YANG MEMALUKAN SECARA ALAMI

Kesan regangan terjadi kerana beberapa faktor…Antaranya ialah tekanan terhadap permukaan kulit seperti pertambhan berat badan akan mengakibatkan kesan regangan…Lazimnya bagi ibu hamil, kesan regangan terdapat di bahagian perut kerana ia membesar mengikut perkembangan bayi di dalam kandungan….Selepas bersalin, bahagian ini akan meninggalkan kesan….

Jom ikuti petua lama untuk menghilangkan kesan ini….

1) ALOE VERA

atasi kesan regangan selepas bersalin

Mengandungi kolagen yang sangat bagus untuk membaik pulih kulit.

CARA-CARA:-

  1. Ambil daun lidah buaya dan buangkan durinya.
  2. Keluarkan gel dari daunnya.
  3. Sapukan gel pada bahagian bermasalah.
  4. Biarkan selama 2 jam.
  5. Basuh dengan air.

2) APRIKOT

atasi regangan kulit selepas bersalin

Gunakan aprikot sebagai skrub.

CARA-CARA:-

  1. Potong buah aprikot dan buangkan bijinya.
  2. Lenyekkan buah untuk mendapatkan pesnya.
  3. Tampal pes pada bahagian regangan.
  4. Biarkan 15-20 minit.
  5. Basuh dengan air suam.

3) KENTANG

atasi regangan kulit selepas bersalin

Kentang mampu merangsang kolagen dan sintesis elastin, maka ia mampu menghilangkan kesan regangan..

CARA-CARA:-

  1. Potong kentang dengan tebal.
  2. Letakkan kentang pada kawasan regangan dan gosokkan.
  3. Pastikan air dari kentang meresak masuk ke kulit.
  4. Biarkan selama 5-10 minit.

LEMON

atasi regangan selepas bersalin dengan lemon

Lemon merupakan agen peluntur semulajadi dan amat berkesan.Alfa hydroxy asid (AHA) dan Vitamin C dalam lemon sangat penting kerana fungsinya membuang kulit mati dan mejadikan kesan regangan pudar dalam masa yang singkat.

CARA-CARA:-

  1.  Potong lemon kepada dua bahagian.
  2. Ambil separuh dan sapukan pada kawasan.
  3. Sambil itu, perahkan sedikit demi sedikit jus lemon.
  4. Biarkan ia meresap ke dalam kulit.
  5. Biarkan selama 10 minit.
  6. Kemudian, cuci.

MINYAK VITAMIN E

atasi regangan selepas bersalin dengan vitamin e

Vitamin e merupakan antioksidan yang mampu menembusi lapisan kulit dan membantu proses penyembuhan luka secara semulajadi.

CARA-CARA:-

  1. Cucuk kapsul vitamin E dan keluarkan minyaknya.
  2. Sapu pada permukaan kulit dan biarkan selama 40minit.
  3. Kemudian, bersihkan dan basuh sehingga bersih.

PUTIH TELUR

atasi regangan selepas bersalin dengan putih telur

Putih telur didapati mempunyai 40 protein berbeza. Ia kaya dengan kolagen dan vitamin A. Ia juga sangat bagus untuk merawat parut dengan berkesan.

CARA-CARA:-

  1. Pisahakan putih telur daripada kuningnya.
  2. Pukul putih telur dengan garfu.
  3. Campurkan bersama minyak zaitun.
  4. Sapukan pada kawasan regangan.
  5. Biarkan selama 15 minit dan kemudian bersihkan.

ALFALFA

atasi regangan selepas bersalin dengan alfalfa

Kaya dengan asid amino, vitamin E dan K. Ia digunakan untuk memudarkan kesan regangan kerana bertindak sebagai toner yang bagus untuk kulit.

CARA-CARA:-

  1. Tumbuk tablet alfalfa sehingga menjadi serbuk.
  2. Campurkan dengan minyak chamomile dan jadikan sebagai pes.
  3. Tampal pada kawasan regangan.
  4. Biarkan selama 15 minit.
  5. Basuh dengan air.

AIR KOSONG

atasi regangan kulit selepas bersalin dengan air kosong

Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari. Air kosong akan mengelakkan kulit terhidrat dan dapat mengembalikan keanjalan kulit.

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu yang ingin menghilangkan kesan regangan..

Love,

Byte Jannate

0133946178

sweetticer@gmail.com

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge