GANGGUAN HAID SELEPAS BERSALIN.NORMAL ATAU TIDAK?

GANGGUAN HAID SELEPAS BERSALIN

Ramai ibu selepas melahirkan anak mengalami haid yang tidak teratur…ada juga yang langsung tidak keluar darah haid…risau bukan?…bimbang pula jika hamil lagi sedangkan bayi masih kecil….Jom kita lihat kenapa berlaku masalah haid bagi ibu-ibu selepas bersalin…

Lazim mengetahui haid akan terhenti saat bermula kehamilan…Selepas bersalin, ibu akan mengalami keluarnya darah nifas antara 40 hingga 60 hari….Selepas tamat tempoh nifas, organ pembiakan akan kembali normal…Selalunya, haid pertama akan datang selepas sebulan dari nifas berakhir…

Selepas bersalin, badan akan mengeluarkan hormon prolaktin yang berperanan dalam pengeluaran susu ibu…Kewujudan hormon prolaktin telah menyekat tubuh untuk mengeluarkan hormon estrogen…Hormon estrogen inilah yang memainkan peranan dalam kitaran haid seseorang wanita….Oleh sebab itu, wujud ibu-ibu yang tidak didatangi haid dalam tempoh setahun kerana penyusuan eksklusif untuk si comel…

Secara asasnya, selepas bersalin, tubuh sedang mengalami beberapa perubahan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak teratur…Bilangan hari dan kuantiti darah haid juga berbeza dengan sebelum hamil…Dalam tempoh 15 hari, kadang-kadang ibu akan mengalami haid 2 hari, kemudian tiada, kemudian bersambung 3 hari….Ini adalah normal..dan tidak perlu dirisaukan….Namun, jika lebih dari 15 hari ibu didatangi haid, segeralah berjumpa dengan doktor…

Jika ibu tidak menyusukan si comel secara eksklusif, ibu juga boleh mengalami masalah haid tertunda…Putaran haid yang terlalu lama atau kurang…Ini dikenali sebagai hiperprolaktinemia…Keadaan ini akan menyebabkan amenorrhea di mana ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun atau oligomenorrhea (putaran haid lebih 35hari) atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari)….

Oleh itu, ibu dinasihatkan untuk mengambil ubat pencegah kehamilan seperti pil, suntikan atau implan…Namun diingatkan pengambilan pil yang tidak teratur akan menyebabkan gangguan haid…

FAKTOR HAID TERTUNDA

1) PENYUSUAN EKSKLUSIF

Penghasilan hormon prolaktin akan menyebabkan gangguan kepada kitaran haid…Ia terjadi kerana penghasilan hormon prolaktin yang tinggi semasa penyusuan susu ibu…

2) PERUBAHAN GAYA HIDUP

Tidur yang tidak cukup, rehat yang terganggu menyebabkan badan letih dan ini menganggu hormon dalam tubuh…

3) EMOSI TERGANGGU

Bagi ibu yang baru melahirkan, emosi sedikit terganggu kerana baru hendak menyesuaikan diri dengan si comel…Emosi terganggu juga menyumbang kepada kecelaruan hormon dalam tubuh seterusnya menganggu haid ibu…

4) MAKANAN KURANG SEIMBANG

Semasa berpantang, ibu masih perlu mengambil pemakanan seimbang…Elakkan terlalu menyekat menu makanan sehingga tubuh tidak mendapat khasiat yang secukupnya…

Semoga info ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu…

LOVE,

Byte Jannate

0133946178

sweetticer@gmail.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge