BAHAYA KOLESTEROL YANG PERLU KITA AMBIL TAHU

PENYAKIT AKIBAT KOLESTEROL TINGGI

Assalammualaikum..pernah dengar tentang kolesterol?…Lazimnya kita dengar tentang kolesterol ini semestinya berkaitan dengan makanan….Makanan berminyak sering dikaitan dengan kolesterol…

Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol jahat LDL dan kolesterol baik HDL….Peningkatan kolesterol jahat iaitu LDL dalam tubuh adalah tidak bagus kerana boleh menyebabkan gangguan kepada arteri yang membawa darah ke seluruh tubuh….Manakala, kandungan kolesterol baik iaitu HDL yang rendah juga tidak bagus untuk kesihatan….Jom kita lihat punca kepada kolesterol tinggi dan beberapa penyakit yang boleh diperoleh akibat kolesterol tinggi dalam badan…

PUNCA KOLESTEROL TINGGI

1) PEMAKANAN

Makanan yang mengandungi lemak tepu akan menyebabkan kolesterol tinggi…Antaranya ialah daging lembu, susu, telus, mentega, keju, minyak kelapa, minyak kelapa sawit atau mentega koko serta kebanyakan biskut…

2) BERAT BADAN

Mempunyai lebihan berat badan akan meningkatkan trigliserid dan mengurangkan HDL…

3) AKTIVITI HARIAN

Jika anda kurang bergerak atau bersenam, ia boleh meningkatkan LDL dan mengurangkan HDL….

4) USIA DAN JANTINA

Selepas usia 20 tahun, tahap kolesterol akan meningkat dan bagi lelaki paras kolesterol akan berkurangan apabila usia mereka mencecah 50 tahun…manakala bagi wanita pula, kolesterol akan kekal rendah sehingga menopaus…

5) TAHAP KESIHATAN

Rajinkan diri untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan…Ini bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik….Jika mempunyai sebarang masalah, ia boleh diketahui dengan cepat dan dapat dirawat dengan segera….Elakkan rasa tidak perlu untuk pemeriksaan kesihatan kerana merasakan diri sudah sihat sepenuhnya….

6) SEJARAH KELUARGA

Jika mempunyai keturunan yang mempunyai masalah kolestrol tinggi, anda juga berkemungkinan besar berisiko untuk mendapat masalah kolesterol tinggi…

7) MEROKOK

Merokok boleh menurunkan paras kolesterol baik..Jadi, berhenti merokok sekarang untuk tahap kesihatan yang lebih baik…

PENYAKIT AKIBAT KOLESTEROL TINGGI

1) JANTUNG KORONARI

Tahap kolesterol yang terlalu tinggi akan menyebabkan ia terbentuk pada dinding arteri….Apabila, kolesterol sudah menjadi plak, ia akan menyebabkan pengerasan arteri atau atherosclerosis…Keadaan ini menyebabkan dinding arteri menjadi sempit dan aliran darah akan menjadi perlahan untuk dialirkan ke otot jantung…Ini menyebabkan angin (sakit dada) atau serangan jantung jika pembuluh darah tersekat sepenuhnya…

2) VASKULAR PERIFERI

Penyakit ini merujuk kepada penyakit pembuluh darah di luar jantung dan otak…Lemak yang terkumpul di dinding arteri akan memberi kesan kepada peredaran darah…Lazimnya ia muncul pada arteri yang menuju kepada kaki dan jari…

3) DIABETES

Pesakit diabetes cenderung untuk memiliki partikel LDL yang melekat pada arteri dan merosakkkan dinding pembuluh darah dengan lebih mudah…Glukos akan melekat pada lipoprotein….LDL yang diselaputi gula akan kekal lebih lama dan membawa kepada pembentukan plak…Pesakit diabetes juga berpotensi untuk memiliki HDL yang rendah, trigliserid yang tinggi….Kedua-duanya berisiko untuk mendapat penyakit jantung…

4) TEKANAN DARAH TINGGI

Apabila arteri menjadi keras dan sempit, ¬†jantung terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh…Kesannya, darah akan menjadi terlalu tinggi dan ini mengundang kepada penyakit jantung…

Jadi, berhati-hati denga gaya hidup kita ya….Elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi minyak tepu…lakukan senaman….Kesihatan adalah nikmat paling bernilai dalam hidup kita….Cegah sebelum terlambat…

Jom share….:)

SHARING JOURNEY

-byte-

fb: bytejannate

page: sweetticer

0133946178

sweetticer@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE MUAR, KULAI, JOHOR BAHRU

Penghantaran melalui POSLAJU ke seluruh Malaysia

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge