MASALAH PENYUSUAN SEMASA PANTANG DAN SOLUSINYA

MASALAH PENYUSUAN SEMASA PANTANG DAN SOLUSINYA

Setiap ibu pasti ingin menyusukan si comel secara eksklusif selama dua tahun. Namun, cabaran pertama bermula seawal dua minggu selepas kelahiran iaitu semasa ibu sedang berpantang. Jom ketahui apakah masalah yang lazim dihadapi dalam penyusuan susu ibu sebaik sahaja berada dalam zon berpantang.

1) PAYUDARA BENGKAK

Ia berlaku kerana amaun susu ibu yang banyak dan tidak dikeluarkan..Perlu diingatkan payudara bengkak adalah berbeza dengan payudara yang padat…Jika padat, payudara masih boleh ditekan dan fleksibel…

Tanda-tanda payudara membengkak ialah bahagian penting itu menjadi keras, sakit dan kelihatan berkilat…Bahagian areola menjadi pejal…

Keadaan ini akan menyebabkan kesukaran kepada ibu untuk menyusukan bayi mereka…Usaha untuk mengeluarkan susu menggunakan pam payudara mahupun pam tangan juga tidak akan berhasil mengurangkan kesakitan bengkak susu…

SOLUSI:-

a) Elakkan menghentikan penyusuan…Perhatikan sama ada ibu menggunakan teknik penyusuan yang betul atau tidak…Lekapan si comel adalah selesa atau tidak….Jika tidak, betulkan terlebih dahulu…

b) Susukan bayi dengan kerap…Seeloknya sebelum memulakan penyusuan, keluarkan sedikit air susu pada payudara agar bayi mudah untuk menghisapnya…Jika bengkak masih belum surut, keluarkan susu yang masih ada dengan pam..

c) Amalan menuam….Cara ini paling banyak digunakan bagi melancarkan pengaliran susu ibu…Gunakan tuala yang direndam di dalam air suam dan lekapkan pada payudara yang bengkak…

2) PUTING MELECET

Penyebab kepada masalah ini adalah posisi bayi yang tidak betul semasa sesi penyusuan…Teknik lekapan yang salah juga akan menyebabkan puting melecet…Faktor lain pula ialah ekzema puting…Puting akan menjadi merah, hitam, gatal, bengkak dan susu meleleh….Terdapat juga ibu yang mengalami seriawan di mana jangkitan kulat candida albicaus akan menyebabkan puting melecet…Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih serta warna puting akan menjadi kemerahan…

SOLUSI:-

Teruskan penyusuan jika masalah berpunca daripada posisi bayi yang tidak betul…Sebelum melakukan sesi penyusuan, pastikan ibu berada dalam kedudukan yang selesa…Kemudian angkat bayi dan letakkan dalam keadaan yang selesa bagi mengelakkan bayi bergerak dengan aktif semasa menyusu…Apabila ibu dan bayi berada dalam keadaan yang selesa, mulakan sesi penyusuan…

Ibu juga boleh memerah sedikit susu, kemudia sapu di bahagian puting…Jika tidak berkurangan, segera berjumpa dengan doktor bagi memastikan ia berpunca daripada ekzema atau kulat…

3) TIDAK CUKUP SUSU

Alasan ini kerap kali didengari oleh para ibu terutama untuk mereka yang baru pertama kali melahirkan zuriat…Ketahuilah, bahawa masalah tidak cukup susu tidak akan wujud jika ibu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa kerap menyusukan bayi….Susu ibu terhasil daripada rangsangan, lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan…

Kurang menyusu di waktu malam juga menyumbang kepada kekurangan susu ibu…Cara lekapan, dan menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja serta terlalu awal memberi makanan dan minuman selain susu ibu sebelum bayi berusia 6 bulan merupakan faktor-faktor yang menyebabkan susu ibu berkurangan…

SOLUSI:-

a) Susukan bayi dengan kerap…Jarak antara penyusuan adalah tidak lebih daripada tiga jam…

b) Gunakan teknik lekapan yang betul bagi memastikan penyusuan berkesan…

c) Perbaiki corak pengambilan makanan..Ambil makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur, kekacang…Makan buah-buahan dan sayur-sayuran…Pastikan ibu mendapat rehat yang cukup dan elakkan daripada tekanan…

Semoga solusi kepada masalah penyusuan susu ibu ini dapat membantu ibu-ibu berpantang mahupun selepas pantang….Pastikan ibu dapat menyusukan bayi secara eksklusif selama dua tahun…

Love,

byte jannate

sweetticer@gmail.com

0133946178

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge