TANDA AWAL BERSALIN SUPAYA IBU LEBIH PEKA

TANDA AWAL BERSALIN SUPAYA IBU LEBIH PEKA

Setiap ibu akan mengalami pengalaman berbeza untuk melahirkan zuriat mereka…Ada yang mengambil tempoh yang panjang dan lama…Ada yang hanya mengambil masa yang singkat….Bagi kelahiran pertama, terdapat ibu yang mengambil tempoh 10jam sehingga 20jam mahupun lebih….Jom ketahui tiga tanda penting yang dikaitan dengan fasa bersalin…

1) SHOW

Show bermaksud keluarnya lendir atau darah dari faraj..Lendir dan darah ini ialah mucus plug yang menutupi pangkal rahim..ia terkeluar semasa pangkal rahim terbuka untuk proses kelahiran..Ini normal namun jika darah keluar terlalu banyak, segera ke hospital…Mungkin pada waktu ini, ibu akan mengalami kontraksi ringan dan mengambil beberapa jam hingga beberapa hari sebelum kelahiran…

Pengalaman byte untuk kelahiran pertama, semasa 37 minggu..keluar darah atau lendir…cepat-cepat ke hospital…almaklumlah kita tiada pengalaman…bimbang juga…Kat hospital baru pertama kali dengar SHOW…hehe…nurse check belum ada bukaan…tapi kena juga lah tahan wad satu malam….rupanya show ini tanda nak bersalin…lepas balik dari hospital seminggu….alhamdulillah selamat bersalin….

2) AIR KETUBAN PECAH

Ibu akan terasa cecair keluar dari faraj secara laju dan banyak (gush) atau sedikit demi sedikit tetapi kerap…Ini bermakna selaput yang melindungi bayi sudah pecah…

Air ketuban ini berbeza dengan air kencing kerana tidak berwarna dan berbau hanyir…Jika air ketuban yang keluar berwarna hijau, ia petanda tidak baik kerana bermaksud bayi sudah membuang air besar di dalam kandungan…Ibu yang sudah pecah air ketuban, perlu melahirkan bayi dalam tempoh 24jam bagi mengurangkan risiko infeksi dan komplikasi…Jika proses bersalin tidak berlaku, induce akan dilakukan…

Bagi pengalaman byte pula, sejak masuk bulan ketujuh, memang ibu selalu sangat berpesan…perhatikan air semasa membuang air kecil…pesanan ibu menjadi semakin kerap semasa usia kandungan sembilan bulan….Betul, byte tiada pengalaman, ibu pula di kampung…takkan nak tanya suami pula tentang air ketuban pula kan…hehe…Semasa proses kelahiran, baru doktor pecahkan air ketuban di labour room

3) KONTRAKSI

Ia bermaksud prises penegangan otot rahim secara kerap dan dalam ritma tertentu…Sekiranya kontraksi berlaku dalam 10minit sekali secara konsisten dan dalam masa sejam, ibu perlu segera ke hospital…

Bagi mengenal pasti kontraksi tersebut bukan palsu atau Braxton Hicks atau False Alarm, cuba cara ini…Baring secara mengiring dan letakkan tapak tangan pada perut semasa kontraksi sambil mengira masa antara permulaan dua kontraksi…Kontraksi berterusan walaupun ibu rehat dan relaks..Tetapi BRAXTON HICKS akan reda apabila ibu berehat…

***JIKA TANDA BERSALIN DI ATAS BERLAKU SEBELUM MINGGU KE-37, IA DIKIRA KELAHIRAN PRAMATANG…IBU PERLU PEKA TERHADAP TANDA-TANDA DI ATAS TERUTAMA JIKA BERLAKU SEBELUM MINGGU KE-36…SEGERA KE HOSPITAL JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA TERSEBUT…

Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu saat kelahiran….byte doakan semoga dipermudahkan ye….

Love,

byte jannate

0133946178

sweetticer@gmail.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge