ALAT BANTUAN KELAHIRAN UNTUK IBU DAN BAYI

ALAT BANTUAN KELAHIRAN

Dalam masa tertentu, semasa proses kelahiran, ibu dan bayi perlu dibantu oleh alatan lain bagi menyelamatkan kedua-duanya…Lazimnya, alatan bantuan akan digunakan jika proses kelahiran berlaku terlalu lama….lebih daripada jangkaan doktor…Waktu ini, bayi perlu dikeluarkan dengan segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang lain….

FAKTOR PENGGUNAAN ALAT BANTUAN KELAHIRAN

1) Bayi kekurangan oksigen semasa di fasa meneran

2) Ibu mula keletihan dan tidak mampu meneran

3) Bayi tidak membuat kemajuan dalam pelebaran pelvis

ALAT BANTUAN KEHAMILAN 1: FORSEP

  • Digambarkan seperti senduk salad atau penyepit gula kiub yang besar dan diperbuat daripada besi tahan karat.
  • Dua bahagian yang bersilang.
  • Bahagian hujung melengkung bagi membolehkannya ‘memeluk’ bayi.
  • Doktor akan memastikan kedudukan bayi dalam keadaan yang baik semasa menggunakan forsep.
  • Ibu dminta meletakkan kaki ke dalam penyandar tepi katil (posisi litotomi) dan bahagian hujung katil akan ditanggalkan.
  • Tiub kecil akan dimasukkan ke dalam pundi kencing bagi mengosongkan isiannya.
  • Ubat tahan sakit akan diberikan sama ada bius setempat di dalam faraj, epidural atau bius spinal.
  • Doktor akan melakukan episiotomo bagi melebarkan pembukaan serviks supaya forsep boleh diletakkan di keliling kepala bayi.
  • Semasa kontraksi, doktor akan menarik kepala bagi sambil ibu meneran bagi membantu bayi bergerak turun dengan selamat.

ALAT BANTUAN KELAHIRAN FORSEP

ALAT BANTUAN KEHAMILAN 2: VENTOUSE

  • Mempunyai mangkuk yang bersambung dengan pam vakum kecil dan mempunyai pemegang yang boleh ditarik.
  • Mangkuk diletakkan di atas kepala bayi.
  • Jenis-jenis mangkuk yang sesuai akan digunakan bergantung kepada posisi bayi.
  • Mangkuk plastik lembut dikatakan paling kurang menyebabkan kecederaan kepada kepala namun mudah terlucut.
  • Kebanyakan doktor memilih untuk menggunakan alat ini kerana kurang memberi kesakitan kepada ibu.
  • Mangkuk ventose diletakkan di atas kepala bayi jadi ia tidak memerlukan ruang yang banyak.
  • Doktor akan menyedut udara keluar dari mangkuk vakum menggunakan pam tangan atau gerakan kaki.
  • Apabila mangkuk sudah dipasang dengan kemas, ibu dikehendaki meneran setelah kontraksi berlaku.
  • Jika mangkuk terlucut, ia akan dipasangkan semula. Selalunya mangkuk jenis plastik lembut akan menyebabkan ia terlucut.

ALAT BANTUAN KELAHIRAN VENTOUSE

**Penggunaan ventouse lebih selesa berbanding forsep..Namun, peratus kejayaan adalah lebih tinggi menggunakan forsep..

Bagi ibu yang sedang menanti saat kelahiran, byte doakan semoga dipermudahkan..

Love,

byte jannate

0133946178

sweetticer@gmail.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge