TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

6 TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Assalammualaikum ibu-ibu….Apa khabar?…Sudahkah ibu menyusukan si comel semasa membaca artikel ini?…Jika belum, susukan dahulu ye…baru baca….Sambil-sambil menyusukan bayi tuh…ibu boleh perhatikan sama ada susu ibu pekat atau cair…banyak atau sedikit….bayi kenyang atau masih lapar….

Sebagai seorang ibu, sememangnya kita mahukan yang terbaik untuk si comel….Penyusuan eksklusif sememangnya menjadi dambaan dan impian setiap ibu…Lebih-lebih lagi, telah dinyatakan di dalam alquran tentang KEWAJIPAN menyusukan bayi sehingga berumur dua tahun….

Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud:-

” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba  yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”

(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, halaman 623)

Betapa indah dan nikmatnya apabila dapat menyusukan si comel secara eksklusif…Namun, masalah seperti kekurangan susu ibu, susu ibu tidak pekat, si comel tidak mahu menyusu memang menjadi masalah lazim bagi ibu-ibu…Ketahuilah, setiap ibu sentiasa mempunyai susu yang cukup untuk si comel…Jom, byte kongsikan tips untuk memperbanyak susu ibu supaya si comel sentiasa kenyang….

1. Susukan bayi semasa bayi lapar

Lebih kerap bayi menyusu dengan ibu, lebih banyak susu akan terhasil…ini dinamakan teknik demand and supply….Otak akan menerima signal bahawa payudara perlu dipenuhkan apabila ia telah kosong…Jadi, ibu perlu rajin menyusukan bayi supaya susu lebih banyak…

2. Susukan dengan kedua belah payudara….

Tahukah ibu bahawa payudara sebelah kanan mengandungi makanan dan payudara sebelah kiri mengandungi air?…Seperti orang dewasa juga, bayi juga perlukan makanan dan minuman….Maka, susukan bayi ibu denga kedua belah payudara ye….

Semasa di dalam pantang, memang byte alami kesukaran dengan payudara sebelah kiri….Walaupun jika dilihat, sebelah kiri lebih cepat penuh dan banyak susunya tetapi si comel tidak mahu menyusu dengan bahagian kiri….Sedih juga rasa…Ditambah dengan rasa tak selesa…..Tapi, tak menjadi masalah sangat sebab byte gunakan pam untuk kosongkan payudara sebelah kiri….Alhamdulillah….sekarang si comel dah nak menyusu di kedua belah…syukur….Ibu kena usaha dan yakin diri ye…Pujuk bayi jika alami masalah seperti ini….

3. Jarak antara penyusuan tidak melebihi 2jam

Diakui, sememangnya bayi akan kerap menyusu dalam sela masa dua jam…Maka, pastikan ibu menyusukan bayi dalam jarak tersebut ye bagi mengekalkan momentum pengeluaran susu ibu….

Pengalaman byte, pulang dari hospital, nurse yang datang ke rumah pesan supaya kerap memberi susu ibu sejam sekali…Ini bagi mengelakkan bayi mendapat kuning…Jika bayi masih tidur, kejutkan setiap sejam….Tetapi, kadang-kadang rasa kasihan nak kejut sebab tengok nyenyak sangat tidurnya…hehe….Tetapi selepas sebulan, byte jarakkan sela masa penyusuan selama 2jam sekali…Alhamdulillah si comel boleh menerima tempoh masa tersebut….

4. Perasaan tenang ketika penyusuan….

Bagi memastikan susu ibu sentiasa banyak, pastikan ibu sentiasa tenang dan selesa sepanjang sesi penyusuan…Jika tidak, susu boleh berkurangan…dapatkan rehat yang secukupnya…

Jujurnya, memang byte rasa sedikit terganggu apabila ada ahli keluarga yang beritahu susu tidak keluar…susu tidak banyak…anak menangis sebab lapar…dahaga..teknik tak betul…anak tak selesa…..memang mengganggu emosi sungguh….sampaikan nak diberi susu formula kepada si comel….Haru lah juga…Alhamdulillah dah bersedia lebih awal dengan pam…jadi, ambil inisiatif untuk mengepam…walaupun masa tu baru sangat dalam pantang….byte ambil risiko sebab nak rasa tenang dan aman semasa berpantang…dalam hati nekad mesti ajar menyusu badan  juga suatu hari nanti…alhamdulillah sekarang, bayi sudah pandai menyusu badan….

5. Elakkan memberi makanan lain selain susu ibu kepada si comel.

Makanan tambahan, jus buah-buahan, air masak, buah-buahan….elakkan….Jika bayi sudah pandai untuk merasa makanan tersebut, mereka tidak lagi mahu menyusu badan…Ini menyebabkan susu ibu berkurangan….

Terbaru…terkejut juga bila dapat tahu sepupu memberi makan kepada anaknya ketika usianya dua bulan…atas alasan susu tidak cukup…Sebenarnya, dalam usia dua bulan, perut bayi masih sangat kecil….Mungkin tangisan si comel bukan menunjukkan rasa lapar atau dahaga, mungkin ada faktor lain…Ingat ye, elakkan memberi makanan lain kepada si comel sebelum usianya mencecah 6 bulan..

6. Pengambilan suplemen….

Umum mengetahui, untuk memastikan penghasilan susu ibu yang meriah, ibu memerlukan suplemen untuk tubuh badan bagi menghasilkan susu yang berkualiti untuk si comel..Kualiti sayuran dan buah-buahan yang diambil oleh ibu masa kini sudah banyak tercemar dengan racun untuk memastikan ia kelihatan segar…Oleh itu, cara terbaik untuk memastikan tubuh ibu mendapat khasiat yang secukupnya untuk tubuh badan, ibu wajib mengambil suplemen…

set menyusu basic shaklee

OK…dua produk di atas ini merupakan produk pilihan byte la ye…ESP dan ALFAFA…Sebelum ni hanya dengar ibu-ibu bercakap tentang kehebatan produk ini dalam penghasilan susu ibu…Jadi, sekarang nak share lah jugak hasilnya…Alhamdulillah…memang meriah….syukur sangat-sangat….

1) ESP merupakan kacang soya non GMO….bukan kacang soya yang diproses dengan bahan kimia…Ia diproses secara semulajadi dengan kadar suhu yang rendah….Jadi, memang selamat untuk ibu dan bayi….

ESP selalu byte minum dalam pukul 11 pagi…bukan awal pagi…sebab awal pagi nak sarapan yang berat…dalam pukul 11 pagi memang waktu genting….perut berkeroncong kasih minta makanan….banyak sangat nak makan…berapa kali nak makan..nanti berat naik macam mana…elok dah berat turun….penyelesaiannya bersama ESP….lepas minum terus rasa segar dan bertenaga…tak letih….perut rasa kenyang paling penting….dan paling suka susu badan semakin pekat dan meriah dengan ESP….

Disebabkan si comel byte ni boleh menyusu botol dan direct feeding…jadi, saudara-mara ada yang perasan kepekatan susu tu…mereka macam tak percaya itu susu badan….sebab pekat…bila tanya makan apa?….semestinya ESP…

2) ALFALFA pula merupakan raja herba yang sememangnya dikenali ramai….Ia juga berfungsi sebagai penggalak susu ibu….Selain manfaatnya mengetatkan dan menegangkan aset ibu-ibu….

Gabungan keduanya ESP dan ALFALFA ini memang best sangat….Tujuan utama semestinya inginkan susu badan yang meriah…Apabila si comel mendapat susu yang secukupnya, si comel akan berasa tenang…Ibu apatah lagi…Pasti merasa gembira kerana dapat memberikan yang terbaik….

Jom byte senaraikan 3 testimoni berjaya hasil pengambilan ESP dan ALFALFA…..Tapi, sebelum itu, kita tonton video ini dahulu….bagaimana beliau menambah pengeluaran susu ibu sedangkan beliau seorang nurse yang tidak tentu waktu kerjanya….

http://

Testimoni 1:-

alfalfa banyakkan susu ibu

Selama ini duk baca testimoni orang je..Arini sempena tahun baru, nak wat la testimoni sendiri…saya amalkan esp + omega + alfalfa….memula dulu saya memang tak yakin…tapi bila tengok hasilnya, memang sangat memuaskan..susu badan makin banyak..berat turun 7kg!!..memang tak sangkat…n yang bestnye, ramai tegur kata muka nampak berseri…hihi…dari pengguna terus saya jadi agen shaklee…terbaik la shaklee…

Testimoni 2:-

banyakkan susu ibu

Alhamdulillah rezeki anak…dalam freezer ada lebih 100 packs….setiap hari baby dapat minum susu yang diperah dari hari sebelumnya…stock dalam freezer masih tidak digunakan….saya ambil ESP dan ALFALFA…anak cepat kenyang….berat lahir hanya 3.18kg…selepas dua bulan naik 5.6kg..

Testimoni 3:-

tips banyakkan susu ibu

Alhamdulillah…seronok dapat menyusu si kecil…dengan izin Allah swt segalanya dipermudahkan buat Harraz hakimi…terima kasih juga buat ALFALFA & ESP yang membantu…syukur sangat biarpun tidak sebanyak susu ibu yang lain tetapi saya dapat menyusuinya seperti biasa tanpa pertolongan susu formula…Terima kasih ya Allah….semoga bayiku sentiasa kenyang dan dimurahkan rezeki si kecil ini…Rahmatilah setiap air susu yang kuberikan untuknya…Aminnn….

Jadi, jika ada ibu yang alami masalah kekurangan susu ibu…susu kurang pekat…menyusukan anak, tetapi badan merasa letih….byte cadangkan dua produk di atas…In sha Allah ia memang membantu….hubungi byte di talian 0133946178…in sha Allah byte akan bantu sehingga berjaya….

LOVE,

byte jannate

0133946178

sweetticer @ gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE MUAR, JOHOR BAHRU, KULAI

PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge