CARA HADAPI KONTRAKSI DENGAN TENANG

HADAPI KONTRAKSI DENGAN TENANG BANTU PROSES KELAHIRAN

Setiap ibu yang bakal melahirkan zuriat mereka, pasti akan merasai kontraksi…Ada ibu yang mengalami kontraksi dalam jangka masa yang pendek…ada juga yang memakan masa yang lama….Semasa kontraksi berlaku, ibu perlu tenang menghadapinya….tidak perlu rasa tertekan dan gusar….jika tidak, ia akan menyukarkan proses kelahiran…

Kontraksi yang berlaku akan semakin kuat dari masa ke masa….Jadi, ibu perlu ingat latihan pernafasan yang telah dipelajari semasa kelas antenatal…byte juga ada kongsikan teknik pernafasan yang betul semasa menghadapi kontraksi di sini

Tahukah ibu, semasa berhadapan dengan kontraksi, ibu tidak digalakkan hanya berbaring?..Ibu digalakkan untuk bertukar-tukar posisi dan lebih baik jika banyakkan berjalan bagi mempercepat proses kelahiran….Posisi duduk bersandar pada katil juga adalah efisien kerana dapat mengurangkan kesakitan kontraksi…Minta suami urutkan bahagian belakang semasa kontraksi berlaku….Lakukan teknik pernafasan bersama-sama…

KENAPA TIDAK BOLEH BERBARING?

Jika ibu hanya berbaring semasa mengalami kontraksi ibu akan:-

  1. Mendapat kesakitan yang lebih teruk
  2. Kurang efektif
  3. Darah tidak dapat dialirkan dengan banyak kepada bayi
  4. Laluan pelvis menjadi sempit menyebabkan tempoh bersalin menjadi panjang.

Namun, jika ibu ingin berehat seketika dengan berbaring, baringlah dengan mengiring dan sendal bantal di celah peha dan bahagian belakang. Ingat!! kontraksi adalah lebih menyakitkan jika ibu berbaring telentang…selepas berehat di katil, ibu boleh duduk semula….

Jika ibu mengalami sakit belakang ketika kontraksi, berkemungkinan bayi berada dalam posisi posterior…Agak sukar untuk melalui kontraksi waktu ini kerana ditambah dengan sakit belakang…

CARA ATASI >> berkedudukan merangkak di atas bantal, lakukan sehingga ibu selesa…ia membantu bayi mengubah kedudukan ke posisi yang lebih baik…

Jika ibu merasa darah seperti sudah “turun” ke kepala, rehat seketika…Gunakan bola (birth ball)…Rehatkan kepala, bahu dan lengan ke atas birth ball…kedudukan ini akan membolehkan ibu merasa selesa di bahagian kepala…

kedudukan bayi

 

POSISI SELAIN DUDUK MENEGAK DI ATAS KATIL:-

a) Menyandar ke permukaan meja atau belakang kerusi

b) Paut lengan di keliling pinggang suami dan sandar padanya

c) Bersandar pada katil dengan ketinggian yang selesa

d) Melutut di atas kusyen atau bantal besar yang diletakkan di lantai dan menunduk ke depan sambil mencapai kerusi di bahagian duduk

e) Lakukan posisi merangkak

f) Melutut dengan satu kaki dan satu kaki lagi lebih tinggi dengan kedudukan membengkok…

posisi semasa menghadapi kontraksi

POSISI MENERAN

Sebaiknya, duduk menegak adalah digalakkan semasa ┬áproses meneran…Jika ibu duduk secara tegak, tidak berbaring, bantuan alat kelahiran tidak diperlukan…..Duduk menegak akan membuka laluan pelvis lebih luas dan dibantu dengan graviti membolehkan bayi keluar dengan lancar…

Jika doktor tiada halangan untuk ibu melahirkan bayi di atas lantai, ambil posisi melutut…Apabila kepala bayi sudah muncul, ubah kepada posisi merangkak…Graviti tidak begitu efektif dalam kedudukan ini menyebabkan kepala bayi akan keluar dengan lebih perlahan dan dapat mengelakkan risiko koyakan…

**Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu yang bakal melahirkan…

Love,

byte jannate

0133946178

sweetticer@gmail.com

fb: byte jannate

page: sweetticer

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge