7 TIPS BERCUTI BERSAMA ANAK KECIL

TIPS BERCUTI BERSAMA ANAK KECIL

Assalammualaikum….sekarang musim cuti sekolah kan? Ramai ibu bapa yang bercadang nak bawa ahli keluarga pergi bercuti sama ada di dalam mahupun luar negara…..Sambil┬ámakan angin menikmati alam ciptaan yang Maha Esa…boleh eratkan silaturrahim sesama ahli keluarga..seronok bukan?….Jom byte kongsikan tips untuk ibu bapa yang ingin bercuti bersama si comel….

1.PILIH SYARIKAT PENERBANGAN

Lakukan pemilihan syarikat penerbangan yang mesra kanak-kanak….Contohnya, anak kapal yang mesra dan baik hati….Ibu boleh bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman membawa anak kecil semasa bercuti…..Elakkan juga memilih waktu puncak seperti penerbangan waktu tengah hari….mungkin menganggu keselesaan si comel…

Cerita pengalaman byte semasa menunaikan haji pada tahun 2000….kami menggunakan penerbangan SAUDI ARABIA AIRLINES….memang selesa….makanan mengikut selera masyarakat Melayu….dan pastinya anak kapal yang sangat mesra dan begitu mengambil berat….memang seronok….alhamdulillah setiap detik, dapat diingat sehingga hari ini….nanti byte kongsikan dalam entri akan datang ye….

PENERBANGAN SEMASA BERCUTI

2. MEMBAWA ALAS PERUT

Jika si comel sudah boleh makan, berikan mereka makanan terlebih dahulu bagi mengelakkan mereka meragam….Jika masih menyusu…berikan susu..biarkan mereka merasa kenyang….ia juga bagi mengelakkan si comel mengalami masalah tekanan semasa pesawat berlepas atau mendarat….

Selalunya kita boleh lihat di dalam pesawat ada yang menyumbat telinga mereka dengan kapas bagi mengelakkan masalah tekanan kerana perbezaan tekanan udara…Tetapi, jika ibu bersama si kecil, agak sukar untuk meminta mereka menggunakan kapas….pastikan mereka kenyang….maka, masalah tekanan udara akan berkurangan….

3. MEMBAWA MAINAN

Bawalah mainan seperti beruang teddy kegemaran mereka bagi mengelakkan mereka merasa bosan semasa di dalam pesawat….Permainan gadget juga membantu….pastikan ibu memuat turun terlebih dahulu video kegemaran si comel…elakkan memasang video atau lagu yang boleh menganggu penumpang lain…

MEMBAWA TEDDY BEAR ANAK DI DALAM PESAWAT

4. PENDAFTARAN AWAL

Elakkan mendaftar di saat-saat akhir, bimbang ada barang yang tertinggal….Elakkan daripada situasi kelam-kabut…masa penerbangan juga boleh dirancang terlebih dahulu dan paling sesuai adalah di waktu malam….

5. MAKANAN

Jika si comel sudah boleh makan, pastikan membawa bekalan makanan di atas pesawat…Maklum sahaja, kadang-kadang makanan di atas pesawat tidak menepati selera si comel…Lebih elok jika ibu memasak terlebih dahulu di rumah…Namun, elakkan makanan berkuah dan berminyak bimbang tertumpah dan tidak tahan lama….

MAKANAN DALAM PESAWAT

6. MEMBAWA PAKAIAN YANG CUKUP

Untuk si comel, semestinya ibu membawa pakaian yang lebih….Jika kotor terkena muntah, boleh ditukar…Lagipun, ketika sedang bercuti, di mana pula ibu mahu mencari tempat membasuh dan menjemur baju si comel…Lebih baik, bawa sahaja lebih….Tisu basah dan tuala diingatkan agar sentiasa di bawa ke mana-mana sahaja….Barangan berharga seeloknya ditinggalkan semasa sedang bercuti…

PAKAIAN YANG CUKUP SEMASA BERCUTI

7. MEMANFAATKAN MASA

Jika dibenarkan bawa si comel berjalan di dalam kapal terbang bagi mengelakkan mereka merasa bosan…Tetapi, pastikan isyarat duduk telah dipadamkan terlebih dahulu….Periksa lampin si comel dan tukar jika tiba masa di ruang penukaran lampin…Elakkan membiarkan si comel merasa rimas dan tidak selesa….

Semoga tips percutian ini memberi manfaat untuk ibu bapa….

 

Love,

byte jannate

0133946178

sweetticer@gmail.com

page: sweetticer, fb: byte jannate, ig: byte_jannate

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge