KETAHUI BILA PERUT IBU HAMIL MULA MENONJOL

KETAHUI BILA PERUT IBU HAMIL MULA MENONJOL

Assalammualaikum….

Kehamilan…sesuatu yang didambakan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin…Keterujaan menimang cahaya mata semakin meningkat apabila perut ibu sudah mula menonjol….Ia petanda bayi ibu sedang membesar di dalam kandungan….Namun, setiap ibu akan mengalami masa yang berbeza untuk melihat perut yang menonjol…Lazimnya, perut ibu akan menonjol semasa di trimester kedua kira-kira 12 hingga 16 minggu…Perut menonjol membuktikan ibu sedang hamil selain daripada ujian UPT dan pemeriksaan kesihatan…

BILA PERUT IBU HAMIL MENONJOL??

>>TRIMESTER PERTAMA

1. Kembung perut dan sembelit

Lazimnya, ibu hamil akan mengalami masalah kembung perut kerana peningkatan paras hormon progesteron..Progesteron menyebabkan tisu otot lembut di dalam saluran gastrointestinal berehat justeru melambatkan proses pencernaan…Proses pencernaan menjadi perlahan kerana nutrien yang diambil oleh ibu akan disalurkan kepada bayi di dalam kandungan…Keadaan ini akan menyebabkan ibu mengalami masalah kembung perut dan sembelit…

2. Kurang tona otot

Bagi ibu yang ingin menyembunyikan kehamilan di awal trimester pertama, otot-otot perut yang ketat dan bertona akan membantu…Ibu yang kurang mempunyai otot dan kurang bertona menyebabkan perut mereka lebih mudah untuk menonjol…Kehamilan kedua dan seterusnya juga membolehkan perut ibu lebih cepat menonjol kerana otot-otot telah meregang….

3. Kehamilan kedua

Otot uterus yang telah mengembang tidak akan kembali kepada saiz asal selepas ibu bersalin dan melahirkan anak pertama…Keadaan ini membolehkan perut ibu yang hamil untuk kali kedua atau seterusnya lebih cepat menonjol….

4. Makan berlebihan

Selalu kita dengar…” makanlah banyak sikit…ada dua orang tuh”….hati-hati ya….ibu tidak boleh makan dengan jumlah seperti dua orang dewasa kerana si comel di dalam perut ibu hanya sebesar buah  pic….Lagipun, makan secara berlebihan boleh mengundang bahaya kepada ibu dan bayi….

Makan secara berlebihan akan menyebabkan perut ibu kelihatan menonjol dengan lebih cepat…perut menonjol itu sebenarnya adalah lemak dan bukannya saiz bayi di dalam perut… jadi, hati-hati dengan pengambilan makanan ibu…

5. Salah tarikh

Terdapat ibu-ibu yang sebenarnya tidak merancang untuk hamil ataupun tidak merekodkan tarikh datang haid..menyebabkan berlakunya kesilapan tarikh jangakaan bersalin….Kadang-kadang ibu merasa perut sudah terlalu menonjol seperti mengandung 5 bulan….sedangkan di dalam rekod,  ibu baru masuk awal trimester kedua…mungkin berlaku kesilapan tarikh….dan doktor akan melakukan pemeriksaan ultra bunyi unyuk memeriksa saiz uterus…

6. Tubuh kecil

Tubuh ibu yang comel dan kecil juga menjadi faktor perut ibu menonjol lebih cepat berbanding ibu yang lain…Perut menonjol ibu akan dilihat oleh pasangan, ibu bapa atau pun adik beradik…Jika diluar, mungkin tidak kelihatan kerana terselindung dengan pakaian….

7. Kehamilan kembar

Semestinya kehamilan kembar membolehkan perut ibu menonjol dengan cepat……Namun, tidak semestinya perut yang besar adalah kehamilan kembar, mungkin juga saiz perut ibu yang sememangnya besar sebelum ini….Jika saiz uterus membesar dengan lebih cepat berbanding tarikh jangkaan bersalin, kemungkinan ibu sedang hamil bayi kembar…

>> TRIMESTER KEDUA

Semasa ibu berada pada trimester kedua, ibu akan mengalami perubahan pada perut…Perut akan lebih menonjol…Rakan sekerja mahupun orang lain akan mula menyedari bahawa ibu sedang hamil…gaya berjalan juga akan berubah sedikit…

Bagi ibu bekerja, waktu ini adalah waktu sesuai untuk memberitahu bos atau rakan tentang kehamilan ibu..Ini bagi mengelakkan ibu mendapat beban kerja yang banyak hingga menyebabkan ibu mengalami tekanan…..

>> TRIMESTER KETIGA

Sekiranya perut ibu belum jelas menonjol pada trimester ketiga, ibu tidak perlu risau….tambahan pula, jika doktor yang memeriksa mengatakan bayi di dalam kandungan adalah sihat…Tidak semestinya perut ibu yang kecil akan melahirkan bayi yang kecil…Doktor akan membuat pemeriksaan ultra bunyi untuk memastikan tarikh jangkaan bersalin adalah betul…

 

Semoga info ini bermanfaat untuk ibu-ibu hamil di luar sana…Tiada yang perlu dibimbangkan…Tetapi teruja untuk melihat perut yang menonjol sememangnya menjadi impian para ibu….:)

LOVE,

byte jannate

sweetticer@gmail.com

whatsap: 0133946178

facebook:  byte jannate

page 1: sweetticer

page 2: Kedai Vitamin JB-Kulai-Muar.0133946178

Postage: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge