BAHAYA CIRIT BIRIT KETIKA HAMIL

BAHAYA CIRIT BIRIT KETIKA HAMIL

Assalammualaikum….hai mommies…apa khabar hari ini?….Diharapkan mommies semua dalam keadaan sihat sejahtera….Kali ini saya akan kongsikan perihal cirit birit ketika hamil…Dengar sahaja cirit birit pasti terasa pedih dan sakitnya….dan penatnya berulang alik ke tandas untuk membuang…..Mommies rasa bahaya atau tidak cirit birit semasa kehamilan ini?….

Cirit birit ini terjadi kerana faktor luaran…tidak seperti sembelit yang berlaku akibat perubahan hormon dalam badan…Ia mungkin berlaku akibat pengambilan makanan dan minuman yang ┬ámommies rasa bersih dan selamat tetapi hakikatnya sebaliknya telah berlaku….

Di awal kehamilan, jika mommies menghidapi morning sickness sehingga tidak mampu untuk memasak dan perlu membeli makanan di kedai…pastikan kedai tersebut bersih dan bebas daripada lalat…Ini dapat mengelakkan mommies daripada terkena cirit birit…

Rutin senaman yang baru dilakukan juga boleh menyebabkan mommies mengalami cirit birit…Seeloknya, jika hendak bersenam…hanya lakukan senaman yang ringan sahaja….

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

1) Mengambil makanan berkanji seperti kentang, bijiran tanpa pemanis dan biskut…

2) Sayuran yang sudah dimasak seperti lobak merah..

3) Sup yang tidak bersumberkan tenusu seperti mi, nasi dan sayuran..

4) Daging tanpa lemak..

5) Yogurt terutamanya yang mengandungi kultur lactobacillus acidophilus yang hidup dan aktif…

 

LARANGAN

1) Elakkan pengambilan minuman ringan yang tinggi kandungan gula kerana ia boleh menarik air ke dalam perut

yang boleh menyebabkan cirit birit berlarutan…

2) Makanan bergoreng dan berlemak…

3) Elakkan mengambil ubat cirit birit yang mengandungi sodium atau sodium bikarbonat yang tidak sesuai untuk

ibu hamil…

Namun, jika mommies mengalami cirit birit yang berlarutan sehingga beberapa hari, lakukan pemeriksaan segera di hospital bagi mengelakkan mommies mengalami penyahhidratan….

**Semoga info ini bermanfaat untuk mommies….:)

 

LOVE,

byte jannate

sweetticer@gmail.com

whatsap: 0133946178

facebook:  byte jannate

page 1: sweetticer

page 2: Kedai Vitamin JB-Kulai-Muar.0133946178

Postage: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Pengedar Sah Shaklee, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Kulai, Pengedar Shaklee JB

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge