7 TIPS ELAK ANAK BERBOHONG

TIPS ELAK ANAK BERBOHONG

Assalammualaikum…..

Anak-anak sering berbohong??…Pasti risau bukan??…Anak yang dilahirkan…dididik dengan penuh kasih sayang…sudah mula pandai berbohong….siapa yang perlu dipersalahkan??….adakah ia berpunca daripada pengaruh persekitaran??…atau pengaruh rakan sebaya??…mungkin juga pengaruh media massa??….

Mari kita ikuti tips berikut bagi mengelakkan anak-anak berbohong yang pasti boleh buat mommies dan daddy tersenyum puas…:)

 

1) BERSIKAP TENANG

Jika anak mommies mula melakukan kesilapan seperti menumpahkan jus oren di atas permaidani…elakkan terus menengking atau memarahi mereka…ini bagi mengelakkan mereka mempunyai rasa takut…jika mereka merasa takut, mereka akan cuba berbohong bagi melepaskan diri daripada dipukul atau dirotan….Dekati mereka dan tegur secara berhemah…

tips elak anak berbohong

 

2) ELAKKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN PEMBOHONGAN

Jika mommies melihat longgokan baju di bilik tidur….elakkan bertanya kepada mereka soalan yang akan menyebabkan mereka mencari alasan untuk melepaskan diri….sebagai contoh…”KENAPA BANYAK SANGAT BAJU BERLONGGOK NIH??”….sepatutnya mommies bertanya….”MACAM MANA KITA NAK ELAKKAN BAJU BERLONGGOK MACAM NIH?”…soalan seperti ini akan membuatkan anak mommies berfikir pelan tindakan seterusnya….

tips elak anak berbohong

3) CARI PUNCA SEBENAR

Selalunya jika anak berbohong, mommies mesti dapat rasa kan…rasa lain macam ceritanya…Jadi, cara penyelesaian…cuba duduk berdua dengan anak…dan minta mereka cerita perkara sebenar…elakkan memaksa mereka….gunakan intonasi suara yang lembut…bukan untuk memanjakan anak…tetapi untuk mengetahui perkara sebenar…dalam masa yang sama, mommies boleh ingatkan mereka untuk tidak mengulangi sikap berbohong di masa akan datang….

4) RAIKAN KEJUJURAN

Semestinya…jika anak mommies bersikap jujur…raikan mereka…hargai mereka…puji mereka….supaya mereka berasa gembira…walaupun hakikatnya mommies terpaksa membersihkan ruang dapur yang bersepah dengan taburan tepung gandum….syukurlah mereka bersikap jujur memberitahu perkara sebenar….yang mereka gunakan tepung gandum untuk bermain…

Mommies boleh masakkan menu kesukaan mereka, bawa pergi berjalan-jalan ataupun memberikan mereka sebuah buku cerita sebagai bahan bacaan….Ini menunjukkan mommies meraikan sikap jujur mereka….

tips elak anak berbohong

5) MEMBETULKAN KEADAAN DAN MELAKUKANNYA SEMULA

Elakkan mengherdik atau menengking mereka jika mereka melakukan kesilapan…Sebaliknya, bersikap tenang dan bertanya kepada mereka, sebab dan punca mereka melakukannya…Sebagai contoh, abang telah merosakkan kereta mainan adik…mungkin mommies boleh bertanya “Kenapa abang rosakkan kereta mainan adik? Kasihan adik…sudah menangis tidak boleh bermain dengan keretanya lagi”….seterusnya tanyakan pula apakah tindakan yang akan dilakukan untuk memperbetulkan keadaan…sama ada meminjamkan kereta mainannya kepada adik…atau memujuk adik…atau mengajak adik bermain dengan permainan lain…mommies perlu bijak mengawal keadaan ini….

tips elak ANAK berbohong

6) PAMERKAN KASIH SAYANG

Tunjukkan dan pamerkan kasih sayang sepenuh hati walaupun mereka melakukan kesilapan….Biarkan mereka tahu walaupun mereka melakukan kesilapan, mommies dan daddy tetap menyayangi mereka…Ini bagi membolehkan mereka berasa selamat dan serasi bercerita tentang perkara sebenar…

tips elak anak berbohong

7) ELAKKAN MENIPU DI HADAPAN ANAK-ANAK

Anak-anak ibarat kain putih, suci dan bersih….Setiap tindakan mommies dan daddy, akan diperhatikan dan diikut….kerana pembelajaran pertama bermula di rumah…

Jika mommies hendak ke kedai…beritahu kepada anak-anak yang mommies ingin ke kedai….elakkan memberitahu mereka yang mommies pergi ke rumah kawan supaya mereka tidak mahu ikut….Tindakan ini akan mengakibatkan mereka belajar untuk berbohong…

Semoga tips ini dapat membantu mommies dan daddy mendidik anak-anak bersikap jujur….Namun, ianya perlukan kesabaran yang tinggi….Selamat berjaya….

 

LOVE,

byte jannate

sweetticer@gmail.com

whatsap: 0133946178

facebook: byte jannate

page 1: sweetticer

page 2: Kedai Vitamin Johor Bahru.0133946178

Postage: Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Pengedar Sah Shaklee, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Kulai, Pengedar Shaklee JB

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge