BAHAYA KENCING TIDAK TERKAWAL KEPADA WANITA


BAHAYA KENCING TIDAK TERKAWAL KEPADA WANITA

Wanita…dirimu begitu berharga…pengorbanan menjadi seorang ibu bukanlah suatu yang boleh dilupakan…selepas mengalami proses bersalin…berpantang…wanita atau ibu masih perlu meneruskan gaya hidup sihat bagi mengelakkan diri daripada terkena penyakit-penyakit yang merbahaya…

Antara penyakit yang boleh terjadi jika tidak menjaga tubuh badan dengan baik semasa berpantang adalah KENCING TIDAK TERKAWAL…

Menurut Dr.Siti Esah Bahari Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Selangor…keadaan kencing tidak terkawal ini semakin menjadi-jadi dari hari ke hari…banyak kes dilaporkan kepada beliau dan ia tidak boleh lagi dipandang enteng….

PUNCA MASALAH KENCING TIDAK TERKAWAL

Vagina longgar di mana kedudukan pundi kencing tidak berada di tempat sepatutnya…

Namun..vagina longgar bukanlah suatu penyakit…ia terjadi akibat vagina hilang kenajalan dan sentiasa berada dalam keadaan longgar….otot vagina akan mengembang semasa melakukan hubungan kelamin dan proses bersalin…kemudian, kembali kepada keadaan asal…

Otot pelvis akan meregang dan menjadi lemah seiring dengan peningkatan usia…keadaan ini kerap berlaku selepas proses kelahiran yang sukar dan lama kelamaan menyebabkan otot pelvis meregang atau tercedera…keadaan menjadi lebih teruk jika ibu mempunyai anak yang ramai dan terlalu rapat…

Otot yang kurang melakukan senaman juga boleh menjadi lemah..perubahan hormon semasa menopaus,meneran yang berpanjangan misalnya sembelit,batuk dan berat badan berlebihan juga menjadi punca kelonggaran vagina..

RAWATAN

  1. Teknik behavioural iaitu mengajar pundi kencing untuk melewatkan kencing selepas terasa gesa untuk kencing sehingga dua atau 4jam antara kencing…
  2. Melakukan senaman kagel
  3. Alat biofeedback untuk membantu wanita bersenam dan menguatkan otot pelvis dengan betul
  4. Penggunaan barbells,vaginal weight,atau cone membantu wanita semasa menjalani senaman otot pelvis
  5. Rangsangan elektrik di mana elektrod dimasukkan sebentar ke dalam vagina atau dubur untuk merangsang dan menguatkan otot tersebut
  6. Pemberian ubatan
  7. Pembedahan sling, bladder neck suspension atau pembedahan prolapse
  8. Rawatan laser

Jadi….nasihat saya untuk diri ini dan semua wanita…marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri….berpantanglah dengan betul…dengar juga petua orang-orang tua…

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

 

LOVE,

bytejannate


 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge