BAIK BURUK KOMPUTER TABLET UNTUK KANAK-KANAK

BAIK BURUK KOMPUTER TABLET UNTUK KANAK-KANAK

Zaman generasi Y…sana sini pegang handphone….sana sini pegang komputer tablet…bila tak diberi…mengamuk la mereka…aduhai….pening juga nak memikirnya….kadang-kadang rasa ada baiknya bagi mereka gadjet…supaya mereka diam…tak bising…tak menangis…tapi dalam masa yang sama….ada juga suara-suara yang berbisik….keburukan berikan gadjet kepada mereka…

Jom saya kongsikan baik buruk penggunaan komputer tablet untuk anak-anak mommies…supaya mommies tidak perlu pening lagi….

KEBAIKAN PENGGUNAAN KOMPUTER TABLET

1.Alam pendidikan yang luas….

Aplikasi yang pelbagai membantu kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif…permainan yang mereka muat turun juga memerlukan daya fikir yang tinggi sehingga mommies sendiri tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut…betul kan? 😉

2. Alat yang menyeronokkan….

Memang betullah…penggunaan komputer tablet ini mampu membuatkan anak mommies diam dan leka…sangat berguna jika berada dalam majlis formal….Mereka berasa terhibur dengan aplikasi yang ada di dalam komputer tablet tersebut…

3. Alat ikatan kasih sayang….

Jika anak-anak bermain komputer tablet, mommies boleh turut serta bersama mereka….aplikasi berunsur pendidikan, mommies boleh bantu mereka…mengajar…mengira…menyebut….

4. Alat yang mudah di bawa…

Suatu perkara yang tidak boleh dinafikan…gadjet ini mudah di bawa ke mana-mana…tidak memerlukan beg yang besar…dan menjimatkan ruang…sesuai untuk di bawa ke mana-mana sama ada dalam perjalanan yang dekat atau jauh…

KEBURUKAN KOMPUTER TABLET

1.Penyalahgunaan aplikasi internet

Yelah…bukan mommies boleh pantau kegiatan anak-anak 24jam bukan….bimbang juga dengan keupayaan mereka mengakses internet….lain yang dicari…lain pula yang mereka jumpa…

2. Penggunaan cahaya terang

Cahaya terang komputer tablet boleh menyebabkan masalah kesihatan terhadap anak-anak…terutama masalah berkaitan mata…jika kerap kali menggunakan komputer tablet…boleh menyebabkan anak-anak terpaksa memakai cermin mata di awal usia….

3. Bukan barang yang murah

Seperti yang diketahui…sememangnya komputer tablet bukanlah suatu barang yang murah…bukan semua keluarga boleh membeli komputer tablet untuk anak-anak mereka…dikhuatiri boleh menyebabkan pergaduhan di kalangan anak-anak…

Maka, mommies buatlah pilihan yang bijak dan terbaik untuk si manja….ada kebaikan…ada juga keburukan….mungkin mommies boleh fikirkan jalan penyelesaian jika ingin memberikan mereka gadjet di awal usia…mungkin juga saya akan post artikel terbaru berkaitan cara atasi masalah berkaitan gadjet ini…:)

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge