7 TIPS HADAPI SUSU DROP

TIPS HADAPI SUSU DROP

 

Bagi ibu yang sedang menyusukan badan, fasa drop memang menakutkan…risau anak tak cukup susu…tak kenyang…merengek….dan saya juga merasai fasa drop ini….ada ibu yang alami fasa drop disebabkan period, tekanan, sakit atau sebagainya….Jom saya kongsikan tips untuk hadapi fasa susu drop ini…

1) BERTENANG

Tenang dan ibu menyusu memang tidak boleh dipisahkan…Jadi, semasa susu drop…ibu-ibu diminta bertenang….berfikiran positif….elakkan rasa tertekan…marah….dan sedih serta risau….ini boleh menyebabkan susu semakin berkurangan….Relax dan beri semangat kepada diri sendiri…” Susu cukup untuk si comel”….

2) POWER PUMPING

Semasa susu berkurangan, aktiviti power pumping sangat membantu….Seeloknya bangun pada sepertiga malam…dalam jam 2 atau 3 pagi….lakukan power pumping….Namun, jangan terkejut jika susu nampak semakin sedikit….yelah, kita pam 30minit…berhenti 15 minit dan kemudian pam semula 30minit….lebih-lebih lagi untuk mereka yang buat power pumping untuk kali pertama….In sha Allah esoknya, susu akan kembali normal…

3) PERANAN SUAMI

Menyusukan bayi sangat memerlukan sokongan dan semangat suami….Minta suami beri semangat….beri dorongan…elakkan suami memberi tekanan kepada ibu….Suami diminta berkata yang baik-baik sahaja….Katakan susu cukup untuk bayi….bayi sudah kenyang dengan susu yang ada….Elakkan memarahi isteri kerana susu yang kurang….

4) MARMET

Marmet merupakan cara mengepam secara tradisional….bertindak seperti hisapan bayi sebenar…hanya menggunakan teknik urutan yang betul….ia mampu menghasilkan susu yang melimpah….Ramai beri review….hasil mengepam dengan pam elektrik adalah berbeza dengan marmet…Jika ibu marmet, susu lebih banyak dan pekat….Maka, ibu boleh kerapkan marmet untuk penghasilan susu

5) JAGA JADUAL MENGEPAM

Walaupun susu ibu mengalami fasa drop….ibu perlu jaga jadual mengepam…tetap mengepam…walaupun hasilnya sedikit….kerana susu ini tetap menggunakan formula demand vs supply….Apabila cik ┬áB dikosongkan, otak akan menerima arahan untuk menghasilkan susu….

6) AIR SUAM

No…no…no to air sejuk…ais…banyakkan minum air suam…supaya saluran darah mengembang dengan baik….untuk penghasilan susu….

7) MILKBOOSTER

Cari milkbooster ibu-ibu….setiap ibu tidak sama milk booster mereka….macam saya, milkbooster saya adalah ESP dan alfalfa serta collagen powder..alhamdulillah….semasa susu drop…saya konsisten ambil 3 produk ini….nampak cepat pulih…

**Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu-ibu menyusu yang sedang mengalami fasa drop

Iktiar sihat,

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar shaklee muar, pengedar shaklee johor, pengedar shaklee malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge