5 MASALAH KULIT SI MANJA

5 MASALAH KULIT SI MANJA

Selepas kelahiran..kebanyakan bayi akan mengalami beberapa masalah kulit…lazimnya mereka akan mengalami pengelupasan..akibat cuaca persekitaran…Jom saya kongikan 5 masalah kulit si manja dan apa tindakan ibu…

1) KULIT KERING

Tidak serius seperti ekzema…Bayi akan mengalami kulit mengelupas dan kering di awal kelahiran dan ia bersifat sementara…

Rawatan>>

*Lap bahagian kulit kering dengan kain

*Sentiasa sapukan losen pelembap pada bahagian kulit kering

* Kerap memandikan bayi dengan sabun organik

2) RUAM PANAS

ruam pipi bayi

Bayi alah dengan cuaca panas..mereka akan cepat berpeluh dan rimas dengan keadaan tersebut…Ini menyebabkan timbul bintik-bintik merah di bahagian pelipat seperti di leher, bawah lengan atau tepi lampin…

Rawatan>>

*Mandikan bayi dengan air suam

*Gunakan tuala basah untuk mengelap kawasan yang ruam

*Gunakan baju yang nipis dan longgar

*Gunakan fabrik kapas

3) RUAM LAMPIN

Kerap berlaku kepada bayi yang baru lahir sehingga 12 bulan…antara punca kepada masalah ruam lampin adalah bayi memakai lampin dalam tempoh yang terlalu lama…Kulit bayi yang tidak dikeringkan dengan sebaiknya selepas menukar lampin juga boleh menyebabkan bakteria merebak di kawasan tersebut…

Rawatan>>

*Kerap menukar lampin dalam sela masa 2 jam

*Kerap memeriksa keadaan lampin bayi

*Lap kawasan kulit yang mengalami masalah dengan kering

*Pakaikan lampin yang longgar supaya ada pengaliran udara

4) EKZEMA

Boleh menyebabkan bayi tidak selesa dan merasa gatal…Kulit akan berbiji, kemerahan, bersisik dan bengkak…Lazimnya terdapat di bahagian pipi, tangan, kaki dan badan juga di bahagian pelipat badan…

Rawatan>>

*Memakai fabrik jenis kapas untuk menyerap peluh

*Pastikan kuku bayi sentiasa pendek bagi mengelakkan kulit berdarah

*Sapukan krim pelembap setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur

5) KERAK KEPALA

12170371_10207673041806325_1088675850_n

Kelihatan seperti kelemumur pada bahagian kepala bayi…Kepala akan diselaputi tompok-tompok berminyak, kekuningan dan bersisik…

Rawatan>>

*Gunakan syampu yang sesuai

*Gunakan minyak rambut, minyak zaitun atau minyak kelapa untuk melembutkan kepingan kerak kepala

*Gosok dengan lembut untuk menanggalkan kepingan

 

[[ Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu-ibu ya….:) ]]

Ikhtiar sihat,

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge