4 SEBAB IBU BERSALIN PERLU BERPANTANG LAKSA

KENAPA IBU BERSALIN KENA BERPANTANG LAKSA?

Assalammualaikum ibu….tengok tajuk jek dah mula terbayang keenakan laksa yang nikmat…Saya masih berpantang laksa tau….hehe….Masa mengandung lagi, tengok banyak pantang larang yang setahun kena elakkan….salah satunya laksa…terfikir jugak…kenapa kena pantang…dah la sedap…kegemaran lagi….hehe….Ok, jom kita selusuri kenapa ibu-ibu selepasa bersalin kena berpantang laksa…

1) MI LAKSA DIMASAK DUA KALI

Mi laksa ini dimasak dua kali…iaitu semasa proses pembuatannya…sebelum dipaketkan….dan kemudian jika hendak dimakan, ia perlu dimasak sekali lagi…jadi, dua kali…proses ini dikatakan boleh menyebabkan ibu selepas bersalin mengalami sakit urat…oh, bisanya….tak sanggup….

2) SAYURAN “SEJUK”

timun SEJUK

Lazimnya memang timun menjadi aksesori hidangan laksa….Ada juga yang letak nanas…Semuanya tidak dimasak…dan dipotong mentah….Bahaya tau….memang boleh sakit urat nih….

3) ULAMAN BERANGIN

BUNGA KANTAN BERANGIN

Penyedap kuah laksa, bunga kantan dan daun kesom…Kalau tiada memang tak sedap…Baunya harum…membuka selera…Tapi….boleh menyebabkan angin pada ibu….dan mendatangkan mudarat dalam tempoh masa yang panjang….

4) PILIHAN IKAN UNTUK KUAH

Selalunya, ikan kembung menjadi pilihan untuk membuat kuah laksa….Ikan kembung dikatakan gatal dan sememangnya tidak sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin….

**Patutlah selalu tengok laksa menjadi pantang ibu selama setahun lamanya…Bertabahlah bagi penggemar laksa…Jagalah badan kita untuk tempoh masa yang masih panjang….Selamat berpantang 🙂

 

Ikhtiar sihat,

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge