6 PERKARA IBU PERLU HATI-HATI ELAK JANGKITAN BAKTERIA TERSEMBUNYI

6 PERKARA IBU PERLU HATI-HATI ELAK JANGKITAN BAKTERIA TERSEMBUNYI

Hai…..jadi ibu macam-macam kena fikir kan….semua demi keluarga tersayang….tak sanggup tengok mereka kesusahan…tak nak mereka sakit…kalau boleh…biar ibu yang tanggung semua…hebat ibu nih….bila duduk sendiri…memang terfikir…besar yang amat jasa dan pengorbanan ibu…patut pun syurga di bawah telapak kaki ibu….:)

Cerita tentang bidang tugas ibu nih….seboleh mungkin ibu berjaga-jaga..jaga keselamatan keluarga…makan minum…kebersihan….tapi ada sesuatu yang ibu tak boleh nak jangka…sebab tak nampak dengan mata kasar….jangkitan bakteria….aduhai…risau sangat-sangat….orang keluar masuk rumah….ibu sendiri keluar bekerja….ayah berjumpa rakan-rakan….anak di rumah pengasuh….memang tak boleh nak halang semua nih…takkan nak duduk rumah je….kat rumah pun masih ada bakteria kalau tak dijaga dengan sebaiknya….

Jadi, marilah kita ketahui di mana wujudnya bakteria yang tersembunyi ini supaya kita lebih berhati-hati….lebih berjaga-jaga….dan perlu ingatkan anak-anak….

1. MENU MAKANAN

menu kedai makan

 

Jika ibu dan ahli keluarga ada makan di luar, pasti nak pilih kedai makan yang dikunjungi ramai…beratus-ratus orang…dengan harapan makanan yang enak-enak…terfikir tak bakteria boleh muncul di meja makan? di buku senarai menu….di order sheet?…beratus orang pegang….dengan tangan yang belum tentu bersih….tak terjangkau nak fikir berapa juta bakteria dah melekat di situ….hehe…..

CARA PENYELESAIAN >> Selepas melihat senarai menu…boleh lah basuh tangan sebelum menjamu selera….

2. BOTOL ISIAN SEMULA

botol sos isian semula

Selalu di restoran..mereka lebih gemar menggunakan botol isian semula…lebih jimat….perhatikan botol sos atau botol kicap….mereka tidak menggunakan botol kaca seperti yang kita beli untuk kegunaan di rumah kan…mereka akan gunakan botol plastik….dan selalunya mereka membeli sos bersaiz besar dan kemudian dituang dalam botol-botol plastik….

Untuk menjamin kualiti kebersihan botol tersebut, ia sebenarnya perlu dicuci setiap hari….erm….ada ke restoran yang nak cuci setiap hari? seminggu sekali pun rasanya tiada kan…dah tuh, berapa banyak bakteria dalam tuh?….tak terkira banyaknya…

Journal of Medical Virology menyatakan virus penyebab selesema dan demam boleh melekat di permukaan yang keras selama 18jam…jadi…boleh gunakan cara penyelesaian di bawah…

CARA PENYELESAIAN >> Bawa sendiri sos atau kicap dari rumah jika ingin makan di luar…masukkan dalam bekas kecil…ataupun tak perlu minta sos atau kicap semasa makan di luar…

3.  MINUMAN HIRISAN BUAH

hirisan lemon

Cantik…memang cantik…nampak menarik tertarik engkau memang da bam….hehe….bila ada hirisan buah di tepi gelas….selalu pihak restoran akan gunakan hirisan lemon…nampak eksklusif sangat kan…tapi, ketahuilah bahawa ia mengundang banyak bakteria termasuklah bakteria E-coli dan menyebabkan keracunan makanan…

Journal of Environmental Health mengatakan hampir 70 % hirisan lemon di tepi gelas mengandungi bakteria penyebab penyakit…

CARA PENYELESAIAN >> Pesan kepada pelayan restoran untuk tidak meletakkan hirisan lemon di tepi gelas…

4. BEKAS SABUN

bekas sabun basuh tangan

Tahu tak 25 % bekas sabun mengandungi bakteria? betul ke? ya…betul sangat….maklum sahaja berapa ramai orang menekan botol sabun di tandas awam untuk mencuci tangan? berapa ramai orang yang memicit bekas sabun untuk mencuci tangan selepas makan di restoran?….bakteria boleh beralih daripada sentuhan….

CARA PENYELESAIAN >> Gunakan tisu untuk melapik tangan anda ketika menekan bekas sabun di tempat awam…

5. TROLI PASARAYA

troli pasar raya

Ini kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi….perhatikan troli pasaraya yang digunakan…berapa ramai pengguna yang telah menggunakannya….adakah pihak pasaraya membersihkan troli tersebut selepas digunakan? semestinya tidak…Maka, bakteria kan mula merebak melalui sentuhan pada troli ini…

CARA PENYELESAIAN >> Gunakan hand sanitizer sebelum memegang troli…Selepas menggunakan troli pula, cuci tangan dengan hand dish wash yang telah dibawa…

**Berhati-hati dengan bakteria yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ini….Ia berada di mana-mana…tugas ibu adalah berusaha untuk mencegahnya dengan beberapa langkah yang disarankan seperti di atas…

Ikhtiar sihat,

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge