PENTING|CARA URUS URI BAYI

TIPS URUS URI BAYI SELEPAS KELAHIRAN

Uri merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan bayi…Uri berfungsi untuk menyalurkan khasiat daripada makanan dan minuman yang ibu ambil sepanjang tempoh kehamilan…Uri berfungsi juga sebagai paru-paru, memindahkan oksigen dari darah ibu kepada bayi dan karbon dioksida daripada bayi kepada ibu…

Selepas proses kelahiran, ibu bapa yang menemani atau suami akan menerima uri yang telah dikeluarkan. Uri perlu dibawa pulang dan diuruskan dengan segera bagi mengelakkan bau…Ikuti tips berikut bagi mencuci uri untuk umat Islam…

1.Mencuci uri dengan lafaz Bismillahhirrahman Nirrahim

2. Mencuci dengan air bersih bagi menghilangkan darah yang masih melekat…Elakkan mencuci dengan sabun atau syampu…

3. Bilas dengan air bersih dan berselawat serta berdoa agar uri tersebut bersih….

4. Lumurkan garam dan cuci lagi dengan bersih….

5. Kemudian lumurkan asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir darah….

6. Bau hanyir ini perlu dihilangkan bagi mengelakkan binatang buas menggali dan memakan uri tersebut…

7. Perahkan limau agar uri berbau wangi…

8. Kemudian, boleh juga ditanam dengan garam atau asam jawa bagi mengelakkan bau…

9. Balutkan uri dengan pembalut yang mudah reput seperti plastik atau kotak….Ini bagi mengelakkan aliran air basuhan yang mengandungi darah…

10. Balut dengan kain dan tidak semestinya kain berwarna putih

11. Bungkuskan uri seperti punjut agar memudahkan ia dibawa ke tempat yang hendak ditanam…

12. Sediakan lubang sedalam mungkin agar tiada binatang buas yang menggali lubang tersebut…

13. Baca basmallah dan selawat ketika meletakkan uri ke dalam lubang…

14. Timbuskan dengan tanah…

** Seeloknya, uri ditanam berdekatan dengan kawasan rumah

**Jika boleh, biarlah bapa kepada bayi yang menguruskan uri tersebut

 

Ikhtiar sihat,

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge