UMUR SESUAI UNTUK ANAK BERKHATAN

UMUR SESUAI UNTUK ANAK BERKHATAN

Bayi lelaki mahupun perempuan, mereka perlu dikhatankan…Namun, mungkin ada ibu bapa yang mencari masa yang sesuai untuk mengkhatankan anak mereka…Lazimnya, kita mendengar bayi perempuan dikhatankan ketika masih dalam waktu berpantang…Jadi, bagaimana pula dengan bayi lelaki? Seeloknya bayi lelaki dikhatankan sebelum mencapai usia baligh…

Dalam masyarakat kita, lazimnya ibu bapa mula mengkhatankan anak lelaki ketika berusia 7 hingga 10 tahun…Namun, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada usia tujuh hari kelahiran..Saidatina Aisyah menceritakan, “sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hassan dan Hussein pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-hakim)

Seeloknya, anak lelaki dikhatankan sejak mula hari lahirnya kerana kulit mereka yang masih lembut…dan hanya meminum susu ibu…jadi, tidak perlu berpantang makan….mudah untuk dijaga…

Jom kita lihat pula apakah hikmah berkhatan…

1. Mengelakkan terbentuknya smegma (sejenis kotoran berbau) yang menyebabkan wuduk dan solat tidak sah..

2. Mengelakkan jangkitan alat sulit seperti phomosis, paraphimosis atau balanitis

3. Mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing..

4. Mengelakkan air kencing anak bertakung pada kulit kemaluan

5. Membantu mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat

6. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser serviks pada wanita

7. Mencegah penyebaran kuman HIV

8. Menjamin keselesaan semasa hubungan intim

CARA BERKHATAN BAGI ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Anak lelaki >> Proses membuang lebihan kulit yang terdapat pada bahagian hadapan alat sulit…Diberi bius bagi mengelakkan rasa sakit

Anak perempuan >> Memotong kulit yang berada di atas alat sulit (klirotis)…Hanya digores tanpa membuang keseluruhannya

 

**Semoga ilmu ini bermanfaat untuk ibu dan bapa**

 

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge