4 SEBAB IBU BERPANTANG ALAMI SEMBELIT

4 SEBAB IBU BERPANTANG ALAMI SEMBELIT

Assalammualaikum…salam sejahtera…apa khabar ibu?…didoakan semoga semua pembaca sweetticer sihat-sihat ya…

Hari ini saya nak share masalah yang ramai ibu-ibu alami…betul tak? Masalah sembelit selepas berpantang…dengar jek ngeri kan…dahla menahan sakit nak bersalin…nih kena menahan sakit sembelit pulak…adudududu…

Sebenarnya terdapat beberapa faktor kenapa ibu lepas bersalin alami masalah sembelit nih…meh saya kongsikan 5 sebab tersebut….

1) RASA NGERI DAN TAKUT

Ini normal…saya sendiri ngeri nak membuang air…sebab terbayang sakitnya bersalin…hehe…lepas tuh banyak pulak baca info-info memang lepas bersalin ibu akan alami masalah sembelit…lagi lah takut kan…ada yang nak membuang air….jahitan terbuka..tertetas…tak sangup….

2) KURANG MINUM AIR MASAK

Yes…ramai ibu takut nak minum air masak yang banyak….orang-orang tua dengan petua mereka dengan mengatakan jika banyak meminum air…rahim akan menjadi kembang…jadi, ibu mula berkira-kira untuk meminum air masak yang banyak…jangan ye….kena minum tau….

3) KURANG BERGERAK

Yela…sedang berpantang…memang pergerakan ibu akan jadi terhad…nak jalan pun terkepit-kepit….nak-nak pakai bengkung lagi…memang sukar nak bergerak…jadi…makanan yang dimakan tuh sukar untuk dihadam…penyebab kepada masalah sembelit

4) KURANG MEMAKAN BUAH

Jika selalu…ibu boleh makan apa sahaja buah….selepas bersalin..kenalah berpantang…buah yang sejuk…buah yang berangin…lagi-lagi jika menyusu badan untuk anak…lagi banyak buah yang tak boleh dimakan…bila tiada pelawas…memang sukar untuk membuang

**Ini adalah antara sebab ibu berpantang mengalami masalah sembelit….

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge