7 TIPS LEMBAPKAN KULIT WAJAH AGAR KEKAL MENAWAN

7 TIPS LEMBAPKAN KULIT WAJAH AGAR KEKAL MENAWAN

Hai ibu….lihat tajuk…terus teruja kan…yelah…sejak jadi ibu-ibu nih..tak terurus pulak wajah nih….boleh ke macam tuh?…sepatutnya tidak ya….kekalkan keremajaan kulit wajah ibu agar tampil segar dan berkeyakinan….mari, saya kongsikan 7 tips untuk lembapkan kulit wajah…

1. ELAKKAN MANDI AIR PANAS

Walaupun dikatakan elok jika kita mandi dengan air panas….bagi melancarkan perjalanan darah…Namun, mandi dengan menggunakan air panas menyebabkan kulit menjadi kering….badan juga akan menjadi lemah…dan lebih mudah mengantuk….Gunakan saja air sejuk untuk mandi….saya sendiri suka dengan air sejuk…segar rasa badan…

2. MINUM AIR PUTIH DENGAN CUKUP

Mengikut kajian…berat badan 25kg memerlukan 1liter air putih sehari….Jadi, kiralah jumlah air yang diperlukan oleh tubuh badan ibu ya….Tidaklah nanti dikatakan gemuk air….Kerana sudah meminum air dengan jumlah yang berlebihan…Air putih yang cukup boleh melembapkan kulit wajah

3. AMBIL BUAH DAN SAYURAN

Hari-hari wajibkan diri untuk mengambil sayur dan buah dalam menu makanan….Seperti yang kita tahu, sayuran dan buah-buahan mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh….Jika ibu tidak mengambil buah atau sayuran, kelembapan kulit wajah akan berkurangan….

4. PELEMBAP WAJAH

Lazimnya, pelbagai produk penjagaan kulit wajah akan didatangkan dengan pelembap wajah…sama ada pelembap siang mahupun malam….kerana suhu yang berbeza, maka pelembap yang didatangkan juga adalah berbeza…pilih pelembap yang sesuai dengan kulit wajah ibu….jika tidak, dibimbangi kulit akan menjadi berminyak….

5. PENGGUNAAN LOSYEN YANG KERAP

Rajinkan diri untuk menggunakan losyen di sekitar siku, tumit kaki dan lutut…..Bahagian ini merupakan bahagian yang mudah kering….Jika ibu mengalami masalah kulit kering di bahagian tapak tangan seperti saya, jalan penyelesaiannya adalah menggunakan losyen bebas paraben dengan kerap…terutama selepas mencuci tangan….Pilih losyen yang bebas bahan pewangi…

6. PETUA TRADISIONAL

Petua orang dulu, masih lagi boleh digunakan sehingga hari ini….Untuk melembapkan kulit tubuh badan, gunakan kelapa parut dan lumurkan pada badan…..gosokkan secara perlahan dan biarkan seketika…kemudian bilas dengan air bersih….lihatlah hasilnya, kulit akan menjadi lembap….Bagi kulit wajah pula, boleh gunakan kobis yang telah ditumbuk halus….digunakan sebagai masker wajah….

7. PENGAMBILAN SUPLEMEN

Suplemen yang muncul di pasaran terlalu banyak yang boleh membantu melembapkan kulit wajah….dapatkan nasihat pakar untuk mengambil suplemen yang bersesuaian dengan kulit wajah ibu….

**Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu kekal muda dan menawan setiap masa…

 

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge