4 TIPS BANTU IBU HAMIL CERGAS BERTENAGA

4 TIPS BANTU IBU HAMIL CERGAS BERTENAGA

Assalammualaikum…apa khabar ibu semua? Semoga sihat-sihat hendakNya…

Kali ini…saya nak kongsi tentang cara untuk tingkatkan stamina ibu hamil…supaya kekal cergas bertenaga sepanjang hari…

Selalunya…ibu hamil akan cepat penat…cepat letih…dan tertekan…lebih-lebih lagi jika sudah memasuki fasa trimester ketiga…

Bagi ibu hamil yang bekerjaya mahupun seorang suri rumah…mereka terpaksa melawan dan bertahan untuk memastikan kerja mereka tetap di tahap yang cemerlang…

Apa yang perlu ibu hamil lakukan?

1) DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Dinasihatkan ibu hamil untuk mendapatkan rehat yang cukup..tidur di awal malam…elakkan membuat kerja sehingga lewat malam…disarankan juga untuk tidur sekejap di waktu siang….sekurang-kurangnya 15minit..untuk recharge tenaga….

2) MENGAMBIL MAKANAN SIHAT

makanan sihat ibu hamil

Ibu hamil sila ambil makanan yang sihat ye…anda sudah berbadan dua….baby di dalam kandungan ingin mendapat khasiat dari pemakanan ibu….

Ibu hamil boleh ambil telur, karbohidrat dari biji-bijian seperti oat, produk tenusu, ikan dan daging…elakkan makanan berlemak

Lebihkan sayuran dan buah-buahan setiap hari…minum air kelapa atau jus lemon yang mampu mengatasi rasa letih akibat loya dan mual…

3) LAKUKAN SENAMAN RINGAN

senaman ibu hamil

Semasa hamil, ibu boleh lakukan senaman ringan untuk melancarkan perjalanan darah…ini dapat mengelakkan masalah simpul biawak yang sering ibu alami apabila kandungan semakin membesar…

4) ATASI ANEMIA

Jika ibu alami masalah ini, seeloknya ibu ambil suplemen yang mengandungi zat besi atau asid folik…Melalui pemakanan, ibu boleh ambil makanan yang terdiri daripada bijirin, kekacang, daging lembu, ayam atau makanan laut….Jika tidak diatasi, dibimbangi menyebabkan kelahiran pramatang atau bayi yang tidak sempurna…

 

***Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu hamil….nikmati detik indah sepanjang kehamilan…

 

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge