RESTORAN ATAS AIR PALING BEST DI BANGI

RESTORAN ATAS AIR PALING BEST DI BANGI

Hai…..pernah tak makan di restoran atas air? ala-ala restoran terapung gituh….saya suka sangat pergi restoran nih….dari zaman belajar lagi….namanya RESTORAN TASIK IDAMAN…biasa dengar tak?…biasa lah…selalu masuk di radio ERA.FM…memang famous…restoran nih buka jam 6 petang….memang selalu penuh tempat makan….servis cepat..makanan memang sedap….tip top…

Di sini, disediakan surau…kalau anda pergi waktu petang, tak sempat nak cari masjid…solatlah di sini…selesa tempat solatnya….cuma bahagian ambil wuduk…kena ada orang yang bantu…sebab sedikit terbuka….solatlah di sini kerana sepanjang perjalanan nak ke sini, memang tiada masjid….

Makanan di sini terutamanya ikan bakar…boleh pilih…nak saiz besar ke kecil ke sederhana ke…mereka sediakan berhampiran kaunter…

Air pula, macam-macam jenis ada…nak ABC pun boleh…ada gerainya….nak jus ke…nak air bancuhan kordial pun ada….pilih sahaja dalam menu…yang menepati citarasa anda….

Oh ya…tempat parkir restoran ini sangatlah luas, tiada masalah….nak pusing kereta pun ok…sesuai jugak kalau nak buat family day di sini…

Tambahan yang seronok di sini untuk orang muda…bila malam, ada karaoke…boleh buat lagu permintaan…ada dj yang bertugas ataupun nak menyanyi…pun boleh…dialu-alukan….

Jika datang semasa bulan Ramadhan, kurma disediakan secara percuma untuk waktu berbuka…

Silalah datang ke sini jika anda berkunjung ke Bangi, Selangor….

Saya titipkan beberapa keping gambar untuk gambaran anda semua…

 

restoran tasik idaman, bangi, selangor

restoran tasik idaman bangi

img_7904

restoran tasik idaman bangi

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge