6 PERANAN BAPA DI BILIK BERSALIN

6 PERANAN BAPA DI BILIK BERSALIN

Apabila sudah masuk ke labour room….seorang diri memang kecut juga…mujurlah ada peneman setia…suami yang juga bakal menjadi bapa sehingga saat kelahiran….Sakit kontraksi lebih sakit daripada rasa bersalin…Sepanjang tempoh kontraksi, jika ada suami di sebelah pasti menenangkan jiwa….Mari, saya kongsikan peranan bapa di bilik bersalin…

1) URUTAN

Urutlah isteri semasa berada di bilik bersalin…Urutan boleh melepaskan hormon endorfin yang menjadi pelega kepada sakit kontraksi yang dialami….Juga dapat mengurangkan kebimbangan ibu┬ádi peringkat pertama kelahiran…

Urut di bahagian bahu untuk membantu ibu┬ámelegakan lenguh di bahu dan bernafas dengan teratur…Urutan di bahagian belakang sangat membantu kerana kebanyakan ibu akan merasa sakit kontraksi di bahagian belakang..

Bapa juga boleh mengurut kaki bagi mengurangkan rasa sejuk dan pergelangan tapak tangan bagi melegakan rasa sakit…

2) TEKNIK PERNAFASAN

Bantu ibu untuk bernafas dengan betul seperti yang dipelajari semasa kelas antenatal…Teknik bernafas yang betul mampu mengurangkan rasa sakit…

3) AROMATERAPI

Jika boleh, pasanglah minyak aromaterapi berbau lavender….Bau yang wangi boleh memberi kelegaan kepada ibu yang sedang berjuang dengan kontraksi

4) MAKAN dan MINUM

Beberapa hospital membenarkan ibu untuk makan dan minum semasa di bilik bersalin…Ini hanya untuk mereka yang berisiko rendah sahaja…Maka, bapa bolehlah memberi air minuman kepada ibu sedikit demi sedikit…tentunya dapat memberi kelegaan kepada ibu…

5) BANTU URUS KELENGKAPAN BAYI

Ibu sudah bertahan menanggung kesakitan, maka bapa bolehlah membantu ibu dengan menguruskan kelengkapan bayi seperti baju bayi selepas dilahirkan….

6) SEMANGAT

Kata semangat dari bapa sangat diperlukan oleh ibu saat ini….Berikan kata semangat…Bagi yang beragama Islam, boleh bacakan zikir dan juga ayat al-quran….Semasa proses meneran, bantu ibu untuk meneran sehabis baik bagi memudahkan proses kelahiran si comel…

**Sebolehnya, bapa pergilah ke kelas antenatal…agar dapat menemani isteri semasa di bilik bersalin…

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge