6 TIPS MUDAH LATIH ANAK BERSARAPAN

6 TIPS MUDAH LATIH ANAK BERSARAPAN

Assalammualaikum…selamat malam ibu-ibu sedunia…semoga semuanya sihat-sihat ya…Kali ini saya nak kongsi tips mudah untuk melatih anak bersarapan….Ya, bukan senang nak ajar anak-anak bersarapan pagi…Waktu pagi, jika mereka tidak biasa, mereka akan rasa mengantuk, letih dan lemah walaupun sudah mandi…

Mood mereka menjadi sedikit terganggu jika mendengar jeritan ibu di waktu pagi yang meminta mereka untuk cepat bersiap…Gangguan ini akan menyebabkan mereka tidak mahu bersaparan…Jadi, 6 tips di bawah ini dapat membantu ibu untuk menyediakan sarapan pagi penuh khasiat untuk anak-anak…

1) Kenal keperluan pemakanan anak

Lima sumber pemakanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, sayuran dan buah-buahan perlu diberi kepada anak-anak dengan lengkap agar tubuh mendapat khasiat yang sepenuhnya…Susun jadual pemakanan anak dari rumah, maka mereka akan mendapat makanan yang berkhasiat….Contohnya, sarapan pagi dengan hidangan roti, telur, timun, salad dan secawan susu….

2) Hidangan yang mudah

Pastikan ibu tidak menyediakan makanan berat untuk sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng dan sebagainya…Sediakan sarapan yang mudah dan ringkas…Jika ibu bekerjaya, semestinya ingin menyediakan sarapan yang menjimatkan masa…

3) Pandora Box atau Bento

TIPS AJAR ANAK SARAPAN PAGI

Warna yang menarik sememangnya menarik perhatian anak-anak…Maka, susun lah sarapan pagi mereka dengan bento…Gabungkan buah-buahan dan sayuran yang mempunyai warna yang berbeza…

4) Latih anak ke pasar

TIPS AJAR ANAK SARAPAN PAGI

Jarang-jarang ibu hendak membawa anak ke pasar bersama bukan? Ya, pasar tempat yang penuh dengan orang…bersesak…dengan bau yang kurang menyenangkan…Namun, ketahuilah dengan membawa anak ke pasar….mereka akan berkobar-kobar untuk menikmati hidangan mengikut cita rasa mereka…

5) Jadual sarapan

Tetapkan menu sarapan setiap hari, jadi ibu tidak perlu fikir dan pening kepala untuk idea sarapan…Lebih seronok, jika ibu berbincang dengan anak-anak tentang menu sarapan yang mereka inginkan…tetapi pastikan menu yang mereka inginkan itu berkhasiat….ibu juga boleh tukar jadual menu sarapan seminggu sekali atau sebulan sekali…terpulang kepada anak-anak…

6) Beri buah-buahan tempatan

TIPS AJAR ANAK SARAPAN PAGI

Buah-buahan tempatan juga boleh dijadikan sebagai sarapan pagi….Harganya yang murah memang menjadi idaman ibu bekerjaya yang inginkan sarapan yang mudah dan ringkas…Berikan mereka pisang, jambu ataupun buah naga sebagai menu sarapan pagi…

**Semoga tips ini dapat membantu ibu untuk menyediakan sarapan pagi buat anak-anak tersayang…

 

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge