INDAHNYA DI SINI UNTUK BERCUTI BERSAMA KELUARGA

Musim cuti sekolah dah nak mula nih…apa perancangan ibu? Mesti rancang nak pergi bercuti kan? Jom saya cadangkan tempat bercuti yang seronok untuk ibu sekeluarga….

Tempat peranginan yang popular di kalangan ahli keluarga ialah port dickson…bertempat di Negeri Sembilan…kawasan pantai yang sentiasa menjadi kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara…

Jika ke sini…ibu boleh pilih bermacam jenis hotel atau homestay….dari harga yang murah sehingga yang mahal…

Tempat yang saya cadangkan ialah Lexis, Port Dickson…bangunan ini mempunyai banyak bilik…yang sangat luas…sesuai sangat untuk keluarga yang ramai…selesa…

Setiap bilik mempunyai 2 katil queen…televisyen…ruang balkoni dan bath tub….Almari turut disediakan untuk menggantung baju…Jika ingin menggosok baju…ibu boleh telefon ke khidmat customer service…nanti mereka akan datang hantar…

Bilik lexis port dickson

Di kawasan bawah pula…ibu boleh bawa anak bermandi manda…ada ruangan mandi yang disediakan untuk anak-anak…

Makanan turut disediakan untuk para tetamu….sangat sedap tau….memang best….menyelerakan…

Seusai bermandi manda…bersihkan diri…bersarapan…ibu boleh lah berjalan-jalan di kawasan sekitar sambil mengambil foto sebagai kenangan…

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge