5 SEBAB KENAPA ANAK TIDAK MAHU BERSARAPAN

Ibu dah siapkan sarapan..tetapi anak tidak mahu bersarapan…risau juga memikirkan nanti di sekolah rehat jam 10pagi….perut kosong….masuk angin…nanti sakit…belajar tak fokus…ibu kena bagi juga sarapan….

Mari saya kongsikan kenapa anak tidak mahu bersarapan pagi…

1) BANGUN LEWAT

Ya, ini salah satu faktor…bila bangun lewat…mereka akan kelam kabut…dan ingin segera ke sekolah…menyebabkan mereka tidak mahu bersarapan

2) MENYIAPKAN KERJA SEKOLAH

Ada di antara anak-anak jika sudah terlalu penat di siang hari, mereka terlupa kerja rumah yang diberikan oleh guru, maka mereka akan tidur awal…Keesokan harinya barulah mereka ingat tentang kerja rumah…Maka, waktu pagi mereka diisi dengan menyiapkan kerja rumah…juga menyebabkan mereka tidak mahu bersarapan

3) MENU TIDAK MENARIK PERHATIAN

Waktu pagi, seeloknya ibu sediakan menu sarapan yang ringkas dan mudah…jadi anak dapat bersarapan dengan cepat..lebih menarik jika ibu bertanya dahulu apakah menu sarapan yang mereka inginkan esok hari…dan hiaslah menu seperti bento…mereka akan lebih seronok

4) MOOD KE LAUT

Mood ke laut nih biasanya berlaku bila anak bangun lewat…ibu mula menjerit memarahi mereka…jika ada adik beradik yang lain…beratur pula ketika ingin mandi..jika menunggu bas…pasti terkejar-kejar…ini menyebabkan mereka tidak mahu bersarapan…

5) LEBIH GEMAR MEMBELI

Terdapat juga anak-anak yang lebih suka membeli sarapan di sekolah…ada kawan-kawan…sambil bercerita…boleh bermain…mereka berasa lebih seronok…jadi, mereka tidak mahu bersarapan di rumah

**Ketahui punca anak ibu tidak mahu bersarapan…jika mereka tetap tidak mahu…ibu boleh bekalkan makanan untuk mereka…

Byte Jannate

0133946178

Sweetticer

PENGEDAR SHAKLEE MUAR, PENGEDAR SHAKLEE JB, POS SELURUH MALAYSIA

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge