8TIPS PASTIKAN SUSU SENTIASA MERIAH

8 TIPS PASTIKAN SUSU SENTIASA MERIAH

Assalammualaikum…..apa khabar ibu-ibu?….Diharapkan semuanya sihat-sihat sahaja…Kali ini saya nak kongsikan 8┬átips untuk memastikan susu ibu sentiasa banyak dan mencukupi untuk si comel…

1) ELAK ANGGAPAN TIADA TEMPAT SESUAI UNTUK MEMERAH SUSU

— Sebenarnya, ibu boleh memerah susu di mana sahaja…ketika memandu, ketika bekerja, ketika memasak….pastika ibu mempunyai nursing cover…untuk menutup bahagian dada ketika memerah susu…

2) GUNAKAN FREEMIE

GUNAKAN FREEMIE

— Ibu boleh juga gunakan peralatan seperti freemie ketika sesi memerah bagi memudahkan ibu membuat kerja…Freemie ini boleh dipasang siap pada payudara ibu…Ia bertindak seperti botol susu tetapi dalam bentuk bulat…seperti di dalam gambar…Ibu cuma perlu sambungkan freemie pada pam yang ibu ada…Sungguh mudah…

3) ELAKKAN EMOSI TERGESA-GESA

—Ketika sedang bekerja….ibu akan tergesa-gesa mencari masa yang sesuai untuk memerah susu…Elakkan situasi cemas ini dengan memakai nursing cover atau jaket atau tudung labuh…Jadi, ibu tidak perlu lagi ke surau atau bilik-bilik kecil…

4) LAKUKAN RANGSANGAN PADA PAYUDARA

—Seperti yang ibu tahu, penghasilan susu bergantung kepada supply and demand…Lakukan aktiviti menyusukan anak dengan kerap ataupun memerah susu mengikut jadual…

5) JADUAL MENGEPAM

—Elakkan mengepam apabila ibu merasa payudara seperti berat atau penuh… Kita sebenarnya ingin melatih otak merangsang penghasilan susu ibu…Maka, ibu perlu mengepam mengikut jadual…sama ada 3 jam sekali atau 2 jam sekali..

6) SOKONGAN AHLI KELUARGA

—Sokongan suami terutamanya sangat diperlukan ketika ini…Elakkan ibu daripada ┬ámerasa tertekan…Boleh minta bantuan suami untuk membasuh peralatan pam…Pasti ibu gembira kan?..Beri penjelasan kepada ahli keluarga, rakan-rakan, supaya mereka memahami dan menyokong penyusuan susu ibu…

7) FIKIRKAN KESERONOKAN

—Semasa memerah susu, fikirkan yang indah-indah saat melahirkan si comel….Fikirkan susu yang mengalir dalam tubuh mereka adalah susu ibu….Doakan kejayaan mereka….Elakkan perasaan tertekan semasa memerah susu…

8) TONTON VIDEO atau GAMBAR ANAK

BABY COMEL

— Jika ingin susu meriah, cubalah menonton video si comel..atau tatap gambar mereka…pasti susu akan berganda….kerana ibu merasa bahagia melihat si comel membesar dan tertawa dengan keletah mereka…

**Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu semua…Sokonglah penyusuan susu ibu…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge