4 SEBAB IBU HAMIL ALAMI MASALAH OBESITI

4 SEBAB IBU HAMIL ALAMI MASALAH OBESITI

Ibu yang mengalami masalah obesiti ketika hamil perlu diberi perhatian lebih oleh pihak klinik dan hospital…Ini bagi memastikan keadaan ibu dan bayi di dalam kandungan selamat selama 9 bulan 10 hari…Antara perkara yang ibu perlu tahu sekiranya didapati ibu mengalami masalah obesiti ialah seperti berikut…

1) GANGGUAN HORMON

Kegemukan bukan sahaja disebabkan gangguan diet pemakanan….tetapi juga gangguan hormon…Ketidakseimbangan hormon seperti Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) boleh menyebabkan rintangan insulin…

Mereka yang mengalami masalah ini akan disaring dan dipantau bagi kencing manis ketika hamil…Doktor yang terlibat akan memberikan preskripsi metformin bagi mengurangkan risiko keguguran…

2) KURANG BERSENAM

SENAMAN IBU HAMIL

Betul kan, jika sudah hamil memang sedikit malas untuk bersenam….lagi pula alasan menjaga kandungan digunakan…Seeloknya, ibu hamil perlu lakukan senaman ringan setiap hari….bukan sahaja melancarkan perjalanan darah tetapi juga dapat mengelakkan masalah obesiti…

Lakukan senaman selama 5minit pada seminggu pertama, kemudian ditambah 5 minit lagi pada minggu kedua…yang penting ia dilakukan secara konsisten…

Ibu juga digalakkan berenang kerana air mampu menampung berat badan dan mengelakkan kecederaan otot dan sendi…

3) RASA LAPAR BERPANJANGAN

Bila lapar, ibu ingin makan…Tetapi bukan sahaja ketika perut merasa lapar ibu akan makan, gangguan emosi, tekanan di tempat kerja, tekanan dengan sikap anak-anak yang lain, ataupun gangguan perasaan kerana takut berhadapan dengan situasi saat kelahiran boleh menyebabkan ibu akan makan secara berlebihan…Ia bertujuan mengurangkan rasa tertekan…benar?

Jika benar, maka ibu perlu tukar gaya pemakanan ibu…..Ibu juga perlu kurangkan rasa tekanan semasa kehamilan…mungkin ibu boleh berkongsi cerita dengan rakan mahupun suami bagi mengurangkan beban dan tekanan yang dialami…

4) MAKAN UNTUK DUA ORANG

DIET UNTUK IBU HAMIL

Terikut-ikut dengan kata-kata orang tua menyebabkan ibu juga bersungguh-sungguh untuk makan bagi dua orang….dengan tujuan, anak di dalam kandungan mendapat khasiat yang secukupnya….

Elakkan makan untuk dua orang….Cuma ibu perlu ambil makanan yang berkhasiat dan berzat bagi keperluan tubuh ibu dan bayi di dalam kandungan…Ambil makanan yang rendah lemak dan rendah kandungan gula…

Kajian mendapati, wanita yang mengalami masalah obesiti akan melahirkan bayi yang besar dan dalam tempoh jangka masa panjang, kanak-kanak turut mendapat kesan obesiti tersebut….

**Maka, ibu yang sedang hamil, dinasihatkan untuk melakukan 4 perkara di atas bagi mengelakkan anda mengalami masalah obesiti sepanjang tempoh kehamilan…

 

ByteJannate

Wasap 0133946178

sweetticer@gmail.com

Page :- sweetticer

Pengedar Shaklee Muar, Pengedar Shaklee Johor, Pengedar Shaklee Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge