9 TIPS ATASI MASALAH ANAK KENCING MALAM

9 TIPS ATASI MASALAH ANAK KENCING MALAM

Bangun pagi, bau sesuatu…rasa tilam…alamak..basah lagi….nampak gaya hari ini ibu kena menjemur tilam lagi…

Situasi seperti ini lazimnya dialami oleh ibu yang mempunyai anak berusia empat hingga enam tahun…Anak-anak akan mengalami kencing malam tanpa disengajakan….Namun, ia juga mungkin terjadi di waktu pagi atau tengah hari..Ia merupakan perkara normal bagi pembesaran anak, jika berlarutan tanpa ada tanda untuk berhenti, ia merupakan suatu penyakit yang perlu dirawat…

Kali ini, saya akan kongsikan tips yang boleh ibu gunakan untuk mengatasi masalah anak kencing malam ini…

1) ELAKKAN MEMARAHI ANAK

Semasa tidur, emosi anak perlu stabil…Maka, elakkan memberi tekanan kepada anak-anak agar tidak kencing di atas tilam..Jika mereka terkencing juga, elakkan memarahi mereka…Ibu hanya perlu menegur dan memberi semangat kepada mereka…

2) BERIKAN PUJIAN

Melatih anak untuk tidak kencing pada waktu malam merupakan suatu perkara yang sukar dilakukan oleh anak..Maka, jika anak boleh mengawal masalah kencing malam, ibu boleh berikan pujian…Juga boleh berikan ganjaran seperti berjalan di taman permainan…Pasti mereka gembira dan meneruskan misi untuk tidak kencing pada waktu malam lagi…

3) ELAKKAN MEMBERI SUSU

ELAK BERI SUSU SEBELUM TIDUR

Dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum tidur, elakkan memberi susu atau air kepada anak….Jika mereka meminum susu atau air sebelum tidur, ini menyebabkan kebarangkalian untuk mereka kencing di atas tilam pada waktu tidur adalah tinggi….Maka, elakkan…

4) KEJUTKAN ANAK

Jika ibu dalam proses melatih anak bebas lampin, kejutkan mereka dua atau tiga jam sekali ketika sedang tidur…Bertanya kepada mereka sama ada mahu kencing atau tidak….atau bawa terus mereka ke bilik air….Pada awalnya, memang sukar..dan semestinya mereka memberontak kerana tidur diganggu…Namun, lama kelamaan, mereka akan terbiasa…

5) BILIK TIDUR YANG TERANG

Ini bukan bermaksud anak tidur tanpa menutup lampu bilik….Tetapi hanya memberi sedikit cahaya kepada laluan untuk ke bilik air bagi mengelakkan anak merasa takut…Jika bilik tidur anak mempunyai bilik air, boleh lah ibu menyalakan lampu bilik air dan menutup sebahagian pintu agar ada cahaya samar-samar….Jika bilik air di luar bilik tidur anak, pastikan laluan ke bilik air bercahaya…

6) ARAHAN KENCING SEBELUM TIDUR

Sebelum masuk ke bilik, pastikan anak sudah kencing…ini bagi mengosongkan pundi kencing….justeru boleh mengelakkan kencing malam…

7) KEBERSIHAN BILIK TIDUR

Sebagai ibu, jelaskan kepada anak mengapa mereka tidak boleh kencing di atas tilam…Beritahu mereka bahawa kencing itu merupakan najis…Jika terkena kepada pakaian, bukan sahaja bau yang dapat…tetapi pakaian yang dipakai turut najis…Dan tidak boleh sewenang-wenangnya duduk di merata tempat dan perlu mandi atau menukar pakaian lain terlebih dahulu…

8) PELAPIK PLASTIK

Walaupun agar mengundang bunyi bising dan menyebabkan anak tidur tidak selesa, ibu perlu pelapik plastik ini agar tilam tidak berbau busuk…

9) BANYAKKAN BERSABAR

Ingat, semasa ibu kecil, ibu juga akan mengalami masalah kencing malam….Jadi, banyakkan bersabar jika anak ibu sedang melalui proses ini…

 

* **Semoga tips ini bermanfaat untuk para ibu…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge