5 KAEDAH ATASI BAYI TERTIDUR SEMASA MENYUSU

5 KAEDAH ATASI BAYI TERTIDUR SEMASA MENYUSU

Selepas proses kelahiran, bayi akan berdamping dengan ibu selama satu jam..Pada waktu ini, bayi akan mengenali bau ibunya, sentuhan payudara dan puting… Bayi akan aktif menghisap sehingga tertidur…Lazimnya, bayi akan tidur selama 16-18jam sehari dalam tempoh minggu pertama selepas kelahiran…dan kemudian akan beransur kurang mengikut umur mereka…

Namun, benarkah bayi akan tidur apabila merasa kenyang? Sehingga ada masa, mereka tertidur semasa menyusu…Sebenarnya, otak bayi belum matang untuk menghasilkan hormon yang menyebabkan rasa mengantuk (melatonin) dan hormon yang membuatkan rasa sedar (cortisol)…Maka, ramai bayi tertidur sebelum mereka merasa kenyang…Tugas ibu adalah mengejutkan mereka untuk meneruskan penyusuan…

1) KEJUTKAN BAYI

Pastikan bayi dikejut setiap dua jam untuk menyusu…Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka…Tambahan pula, penyusuan yang kerap boleh mengelakkan bayi terkena jaundis dan jika mempunyai masalah jaundis, parasnya akan turun dengan cepat…Tambahan lagi, ibu dapat mengelakkan masalah bengkak susu atau salur darah tersumbat apabila bayi kerap menyusu…

2) URUTAN LEMBUT

URUTAN LEMBUT ELAK BAYI TERTIDUR

Elakkan mengejutkan bayi dengan kasar…Mulakan dengan urutan lembut pada tangan atau kaki mereka…Sambil mengurut, ibu boleh menyanyi dan berselawat dengan nada yang perlahan tetapi mampu mengejutkan bayi…Setelah benar-benar terjaga, usap tepi mulutnya dengan jari untuk merangsang mereka mencari puting ibu…

3) BERCAKAP

Semasa menyusu, ibu perlu bercakap-cakap dengan bayi bagi mengelakkan bayi kembali tertidur…Ucapkan kata-kata sayang, berikan kata-kata semangat, lafazkan doa untuk mereka….Ibu juga boleh mengurut lembut otot-otot mereka bagi memastikan mereka bergerak…

4) TEKAN PAYU DARA

Apabila bayi berhenti menyusu, ibu boleh menekan payu dara dengan ibu jari atau jari-jari lain seperti memerah susu…Susu yang keluar dialirkan ke dalam mulut bayi secara tidak langsung akan membolehkan bayi meneruskan penyusuan..

5) TEMPOH PENYUSUAN YANG LAMA

Tidak semestinya bayi yang kerap tidur mendapat susu yang mencukupi….Maka, ibu boleh berikan tempoh penyusuan yang lama bergantung kepada keaktifannya menghisap…Jika kurang aktif, bermaksud ibu perlu panjangkan tempoh penyusuan…

Bagaimana cara ibu hendak mengetahui bayi sudah kenyang? Jika anak sudah tertidur semasa menyusu, cuba tarik puting ibu secara perlahan-lahan dan perhatikan gerakan bibirnya…Jika bibir bayi membuat gerakan seperti menghisap, ibu perlu teruskan penyusuan…Jika tidak, bermaksud bayi sudah merasa kenyang…

 

**Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada ibu…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge