8 TIPS BANTU IBU & AYAH BAWA ANAK MAKAN DI LUAR

8 TIPS BANTU IBU & AYAH BAWA ANAK MAKAN DI LUAR

Sesekali, pasti ibu dan ayah teringin untuk makan di luar…Jika ibu seorang suri rumah, pasti ada satu hari yang ibu ingin rehat daripada memasak…Jika ibu seorang yang bekerjaya, pasti ada restoran yang ibu ingin pergi bersama keluarga untuk menikmati hidangan…

Tetapi dengan anak-anak yang kecil bimbang mengundang kerisauan kepada pelanggan lain…Entah bagaimana cara untuk memantau pergerakan mereka di restoran nanti….

Kali ini, saya kongsikan 8 tips yang dapat membantu ibu ayah jika ingin makan di luar bersama anak-anak…

1) Pilih waktu yang sesuai

Waktu lewat pagi atau lewat petang merupakan waktu pilihan….Waktu ini tidak sibuk dan sesak di restoran…Jadi, ibu tidak perlu menunggu lama untuk mendapat makanan…

2) Mempunyai tempat aktiviti si kecil

Pilih tempat makan yang menyediakan ruangan khas untuk si kecil bermain atau mewarna….Mereka tidak akan merasa bosan…

3) Menu yang mudah dan ringkas

Ini bukan masa yang sesuai untuk mengenalkan si kecil dengan menu baru…Pilih menu yang mudah disediakan…sebelum mereka meragam

4) Minta bil

Sebaik sahaja ibu menerima makanan, minta bil…agar ibu dapat menyediakan wang yang secukupnya ketika membayar…Jadi, ibu boleh jimat masa…

5) Lakukan aktiviti selepas menempah

Selalunya restoran mengambil masa untuk menyediakan menu yang ditempah…Sementara menunggu menu sampai, ibu boleh membawa anak-anak berjalan sekitar restoran…ataupun boleh mengajak menonton video kegemaran di ipad atau telefon bimbit…

6) Bekerjasama

Saling bekerjasama antara ibu dan ayah sangat diperlukan ketika ini…Ketika menu sampai, sama ada ibu atau ayah makan terlebih dahulu…sementara ibu menikmati menu hidangan, ayah pula menjaga si kecil….

7) Bersihkan kawasan

Ketika hendak meninggalkan meja makan, pastikan kawasan meja makan adalah bersih…Ini bagi memastikan tiada makanan yang terpijak menyebabkan ahli keluarga terjatuh kerana licin….Lagipun, ia lebih manis dan nampak teratur

8) Bungkus makanan

Si kecil memang sukar diduga emosi mereka…Jika tiba-tiba emosi mereka terganggu, ibu boleh minta pihak restoran bungkuskan makanan dan beredar…Mungkin boleh cuba di lain masa untuk makan di luar…

 

**Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge