SAKIT PAYUDARA, RADANG ATAU SALURAN TERSUMBAT

SAKIT PAYUDARA, KETAHUI RADANG ATAU SALURAN TERSUMBAT

Ibu menyusu mula merasa sakit pada puting…Mungkin disebabkan saluran tersumbat…Ibu mula rasa tidak selesa…Susu tidak dapat keluar dengan lancar…Anak menangis kerana tidak puas…Namun, apabila anak menyusu, ibu masih merasa sakit….Adakah ini bengkak susu yang menyebabkan saluran tersumbat atau ia merupakan radang payudara?

Mari, saya kongsikan info berkaitan radang dan saluran tersumbat pada payudara..

SALURAN TERSUMBAT

1. Selalunya terdapat bintik-bintik putih pada permukaan puting terjadi pada sebahagian payudara sahaja…

2. Ibu merasa ada ketulan (lump) pada payudara. Kulit kemerahan dan sakit pada ketulan. Penyusuan yang efektif akan mengurangkan ketulan tersebut..

3. Ibu sihat, tidak demam

4. Berlaku kerana susu tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya. Payu dara tidak dikosongkan. Bayi mengalami masalah tongue atau lip tie penyusuan kembar

5. Bayi yang kerap tidur dan kurang menyusu juga boleh menyebabkan kewujudan ketulan akibat daripada saluran yang tersumbat

6. Faktor pemakaian pakaian dalam yang terlalu ketat, tidur secara meniarap dengan menindih payudara boleh menyebabkan saluran tersumbat.

RADANG PAYUDARA

1. Boleh berpunca dari saluran tersumbat, alergi atau jangkitan bakteria..Berlaku secara mengejut dan pada sebelah payudara sahaja…

2. Sakit lebih daripada saluran tersumbat. Terbentuk jalur kemerahan pada kawasan yang sakit.

3. Ibu akan mengalami demam pada suhu 38.5 ke atas, loya, pening dan muntah

4. Berlaku jangkitan pada puting sehingga menyebabkan puting merekah dan luka serta bernanah.

5. Risiko untuk berlaku pengulangan radang payudara adalah tinggi.

 

 

2 Comments

    • Bengkak susu, sakit yang tidak mampu diucap dengan kata-kata. Gangguan emosi bila alami..semua buat jadi tak kena….Nak cepat je surut…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge