5 AKTIVITI MENARIK UNTUK ANAK HIPERAKTIF

5 AKTIVITI MENARIK UNTUK ANAK HIPERAKTIF

Anak hiperaktif perlu dilibatkan dalam aktiviti yang menarik agar mereka tidak merasa bosan. Sikap mereka ini memerlukan kesabaran dan keprihatinan yang tinggi para ibu dan ayah. Kali ini saya kongsikan 5 aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak hiperaktif.

1) Ajak anak bermain olahraga

Sukan olahraga merupakan aktiviti yang lasak, pasti anak ibu gemarkannya…Sebagai contoh, aktivit bermain bola sepak dan berenang. Sememangnya aktiviti di dalam air akan menyebabkan mereka gembira. Pastikan kelengkapan berenang yang mencukupi.

2) Bermain di taman

Anak hiperaktif memang gemar bermain. Belajar juga boleh dibuat dalam bentuk permainan. Ibu dan ayah boleh membawa anak bermain di taman permainan. Tempat yang luas, alatan permainan yang banyak membolehkan mereka bergerak bebas. Cuma, ibu perlu perhatikan gerak geri mereka.

3) Akitivi seni dan kraf

Aktiviti ini membolehkan anak ralit dan fokus dalam tempoh masa yang lama. Ajar mereka cara membuat origami burung, katak, ayam dan sebagainya. Mewarna dan melukis juga boleh menggembirakan hati mereka.

4) Kelas menari

Anak perempuan dan lelaki boleh dibawa ke kelas menari. Mereka akan belajar pelbagai gerakan yang menjana pemikiran. Kalori juga akan dibakar semasa latihan menari.

5) Latihan fizikal

Anak hiperaktif mempunyai lebihan tenaga berbanding anak yang normal. Maka, ibu boleh sertakan mereka dalam kumpulan bermain. Di sini, mereka akan belajar kemahiran sosial dengan baik.

 

**Anak merupakan anugerah terindah. Pelbagaikan aktiviti untuk anak hiperaktif. Selamat beramal..

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge