8 SEBAB KENAPA PERLU EPISIOTOMI

8 SEBAB KENAPA PERLU EPISIOTOMI

Pengalaman pertama menjadi ibu seboleh mungkin tidak mahu berlaku episiotomi yang bermaksud guntingan kulit dan otot antara vagina dan anus bagi memudahkan proses kelahiran…Lazimnya ia dilakukan bagi melebarkan laluan proses bersalin. Bius diberikan bagi mengelakkan ibu merasa sakit. Namun, dalam waktu kecemasan, episiotomi tidak diberikan bius. Tambahan, jika ibu sudah menerima bius epidural, ibu tidak akan diberi bius semasa episiotomi dilakukan.

Tahukah ibu bahawa episiotomi ini dilakukan bagi mengelakkan koyakan yang lebih besar hingga ke lubang dubur yang boleh menyebabkan ibu lebih sakit selepas bersalin dan luka menjadi lambat sembuh…Koyakan juga akan menjadi tidak cantik kerana tidak melakukan episiotomi…

2 Jenis Episiotomi yang dilakukan adalah:-

1) Midline incision iaitu garis tengah di mana potongan lurus ke bawah.

2) Mediolateral incision pula ialah guntingan bersudut 40 atau 50 darjah ke kiri atau ke kanan yang dilakukan oleh doktor  bagi mengelakkan koyakan yang lebih besar.

6 Sebab mengapa episiotomi dilakukan adalah kerana:-

1) Melebarkan laluan kelahiran bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2) Bahu bayi tersangkut (shoulder dystocia).

3) Saiz bayi yang besar (fetal macrosomia).

4) Degupan jantung bayi naik mendadak (fetal distress) ketika fasa akhir kelahiran

5) Proses kelahiran yang memerlukan alat bantuan seperti vakum.

6) Proses kelahiran yang menggunakan forsep di mana ia memerlukan bukaan yang lebih lebar.

7) Otot perenium ibu tidak anjal dan berisiko koyak lebih teruk.

8) Mengelakkan koyakan yang lebih teruk dan tidak cantik sehingga menyebabkan luka lambat sembuh.

 

**Semoga proses kelahiran si comel menjadi detik indah buat ibu..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge